Apa Itu Hukum Hudud Dalam Islam?

Salam sejahtera atas kamu.

Hari ini, masyarakat di Malaysia di’panas’kan dengan isu hudud. Satu perkara baik yang sepatutnya diterangkan dengan berhikmah oleh orang-orang Islam, malangnya ada orang Islam sendiri yang memandang negatif  terhadap hudud, lantaran kerana ilmu & kefahaman mereka sendiri yang cetek dalam perkara tersebut, menyebabkan hudud disalahfaham sebagai sesuatu yang negatif & kejam. Walhal ia sebenarnya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri secara keseluruhannya, termasuklah kepada non-muslim, walaupun hukum hudud itu hanya untuk orang beragama Islam sahaja. Bukan semua orang Islam faham akan Islam sebagaimana bukan semua orang Islam yang menutup aurat.

Diharap video-video & artikel di bawah dapat memberi  kefahaman kepada pembaca sekelian. Moga semua mendapat manfaatnya.

-Ustaz Zaharudin (Pakar Syariah Islam & Pendakwah)

Artikel di bawah dipetik dari http://pukullima.blogspot.com/

POTONG TANGAN SAJA?

 ”Hudud tak sesuai di Malaysia laa…” komen Cikgu Lee [bukan nama sebenar] dalam bilik guru.

Saya dan Cikgu Aziah [juga bukan nama sebenar] saling berpandangan.
“Mengapa kata begitu, Lee?” Cikgu Aziah bertanya.
“Kalau semua ikut hudud, nanti ramai la yang akan dihukum potong tangan sebab mencuri,” Cikgu Lee menyuarakan pendapatnya.
Saya tersenyum, lalu memberi signal kepada Cikgu Aziah untuk terus berhujah.

“Sebenarnya Lee, hudud itu bukan setakat potong tangan, tau. Menurut hukum hudud, sebelum dijatuhkan hukuman potong tangan pada pencuri, kita kena selidik dulu mengapa dia mencuri. Bila dah sah dia tak ada sebab munasabah yang menyebabkan dia mencuri, dia curi sebab seronok atau nak balas dendam, barulah kita jatuhkan hukuman potong tangannya. Tapi jika didapati dia mencuri sebab dia kelaparan atau sebab dia tak ada kerja untuk beri makan kepada anak-anak di rumah, kita tak boleh hukum dia dengan potong tangan. Sebaliknya pemerintah mesti berikan dia pekerjaan supaya dia boleh dapatkan wang cara halal untuk sara keluarga,” terang Cikgu Aziah secara panjang lebar.

“Oh, macam tu kah? Kira kalau dia mencuri sebab nak bagi anak dia makan, tak kena potong tangan laaa?”
“Betul, tapi kita mesti berikan dia pekerjaan supaya dia boleh berdikari. Tapi jika sudah diberi pekerjaan dan dia tak mahu kerja, masih tetap mencuri, maka barulah hukuman itu boleh dijatuhkan ke atasnya.”
“Potong tangan mana, kanan atau kiri?” tanya Cikgu Lee lagi.
“Tangan mana yang dia gunakan untuk mencuri,” jelas Cikgu Aziah lagi.
“Potong di mana, ya? Di siku kah?” nampaknya Cikgu Lee semakin berminat nak tahu.
Cikgu Aziah yang mengajar Sains itu tetap sabar melayan soalan Cikgu Lee.
“Potong pergelangan tangan.”
“Guna apa potong? Pisau atau pedang?”
“Pisau yang paling tajam,” jelas Cikgu Aziah lagi.
“Mengapa mesti pisau tajam?”
“Supaya tak sakit dan sekali potong saja. Jika guna pisau tumpul, ia akan mengambil masa dan akan menyeksa orang yang dihukum,” saya menjawab.
“Betul, mesti pisau tajam. Sama seperti menyembelih binatang, mesti pisau tajam. Tak boleh pisau tumpul,” sokong Cikgu Aziah.

Hanya kami bertiga dalam bilik guru. Perbualan semakin hangat.
“Kalau ikut undang-undang sivil, orang yang ditangkap mencuri akan dihukum penjara walaupun dia buat begitu kerana anaknya kelaparan dan dia takde duit membeli makanan. Kasihan bila baca tentang ibu tunggal dimasukkan ke penjara beberapa bulan kerana mencuri setin susu untuk minuman anaknya. Jika ikut hudud, ibu itu akan diberi pekerjaan, tak perlu masuk penjara, dan tangannya juga tak perlu dipotong,” saya sambung lagi.
Cikgu Aziah mengangguk setuju.

“Betul, hudud bermaksud mencegah, dan ia sebenarnya sebagai langkah pencegahan, bukan untuk menghukum. Jika kita kaji betul-betul, hudud sebenarnya lebih bersifat perikemanusiaan. Malangnya ramai orang salahfaham dan hanya memandang hudud dari satu sudut saja, iaitu mesti potong tangan jikalau mencuri. Ia sebenarnya lebih kompleks.”

“Betul, dalam beberapa situasi, Islam membenarkan seseorang mencuri. Tak percaya? Misalnya seorang isteri dibenarkan mencuri wang suaminya yang kedekut sehingga gagal memberi nafkah kepada keluarga, dengan syarat jumlah yang dicurinya itu tidak lebih daripada yang perlu.Seorang pekerja dibenarkan mengambil upah daripada majikan jika beliau gagal dibayar gaji untuk kerja yang dilakukan. Dalam kedua-dua situasi, mereka tidak akan dihukum potong tangan, tau,” saya sambung lagi.
“Oh, begitukah?” Cikgu Lee kelihatan terkejut dengan penerangan kami berdua.
“Ya, betul. Hukuman hudud berniat untuk mencegah jenayah.”

“Tapi jika berzina, tentu tak sesuai kerana ia menganiayai kaum wanita. Wanita dirogol akan dihukum sebagai penzina.”
“Lee, jenayah hudud ada beberapa saja iaitu berzina, minum arak, mencuri, merompak, dan tuduh orang lain berzina. Orang yang menuduh seseorang itu berzina mesti kemukakan 4 saksi yang boleh dipercayai, yang lihat berlakunya kejadian itu dengan mata mereka sendiri; bukan boleh tuduh suka-suka saja.Jika timbul keraguan pada salah seorang daripada 4 saksi itu bahwa tertuduh itu tidak berzina, dia tidak boleh dihukum ikut hudud lagi sehinggalah dapat tampil saksi baru yang menuduhnya.”
Cikgu Lee mengangguk perlahan-lahan, nampaknya semakin faham selepas penerangan kami yang panjang lebar.

“Lee, you jangan risau. Hudud wajib untuk orang Islam saja kerana ia hukum Allah, bukan ciptaan manusia sendiri. Orang bukan Islam tak perlu takut sebab kamu takkan dihukum ikut hudud walaupun bersalah. Yang perlu takut hanyalah orang Islam yang suka melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu penzina, pemabuk, perompak, pencuri dan penyebar fitnah. Lagipun belum tentu akan dapat dilaksanakan hudud sebab hanya pemerintah saja yang boleh jalankan hukum hudud. Kami rakyat biasa beragama Islam tak boleh jalankan hukum hudud.”

Alhamdulillah.. dua guru bukan opsyen pendidikan Islam, akhirnya berjaya menyakinkan rakan sejawat kami yang nonMuslim untuk tidak takut dengan hudud.

For hudud/had in the syariah law explanation in English, you can watch this lecture video of Hamza Yusuf (a US renowned muslim scholar)

Untuk penjelasan yang lebih lanjut dari pelbagai sudut, boleh klik di sini.

  1. #1 by Redz-one Wing Knight on 03/06/2012 - 8:46 am

    Aku adalah hamba Allah SWT….Aku kecewa kerana tidak jalankan hukum hudud di Malaysia..Kenapa???

    • #2 by ariz on 17/07/2012 - 1:44 pm

      sebab ramai yang masih x memahami apa itu hudud…sabar, ambil peluang ini untuk tambah pahala dengan menyebar dan menyedarkan muslim dan muslim tentang hudud yang sebenarnya sehingga semua rakyat x kira apa agamanya boleh menerima hukum hudud. namun saya tidak gemar mengunakan kata hudud ..sebab menegakkan hukum hudud sahaja tidak lengkap…ini kerana undang2 jenayah islam terbahagi kepada 3 kategori utama hudud, takzir dan qisas. setakat ini saya cuma nampak muslim jenis sekerat2 suka perjuangkan perkara sekerat2

  2. #3 by amira on 03/07/2012 - 1:25 pm

    ustaz.dalam hukum hudud.apakah hukum seorang lelaki akan dapat jikalau merogol seorang perempuan ?

    • #4 by jomislam on 05/07/2012 - 11:02 pm

      Hukum hudud antaranya adalah untuk kesalahan zina. Rogol tidak termasuk dalam hukum hudud. Ia termasuk dalam hukum takzir.

  3. #5 by khaisham on 29/07/2012 - 7:08 am

    saya ingin bertanya,,,,btol ke orang islam je yang mengamalkan hukum hudud pada zmn rasulallah dulu,,,,bagaimanakah dengan kafir zimmi di dwh pmerintahan islam dulu,,,,

    • #6 by jomislam on 01/08/2012 - 3:52 am

      Hukum hudud merujuk kpd hukum yg diperintahkan Allah di dalam Al-Quran, jadi memang diamalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Bagi org bukan Islam, mereka boleh memilih untuk dihukum mengikut hukum hudud ataupun takzir, kerana hudud Allah adalah wajib untuk mereka yang beriman kepada Allah. yakni org2 Islam shj. Wallahualam.

  4. #7 by sitifadzirah on 27/08/2012 - 1:38 pm

    nk tnya,,.ustaz
    apa beza hukum hudud dn hukum takzir????

    • #8 by jomislam on 03/10/2012 - 6:03 am

      Hukum hudud merujuk kepada hukum ke atas kesalahan2 tertentu berdasarkan yg telah diwahyukan oleh Allah di dalam Al-Quran.
      Hukum takzir pula adalah hukuman yg telah ditentukan oleh manusia (pemerintah) berdasarkan kesesuaian kesalahan & keadaan utk kesalahan2 selain dari kesalahan yg telah diperuntukkan hukuman hudud untuknya. Wallahualam.

  5. #9 by era on 05/10/2012 - 8:52 am

    assalamualaaikum..
    sye nk tahu lebih detail tentang hukum hudud..boleh tlg cadangkn buku or sumber yg ok x?

  6. #10 by ben104ever on 09/04/2013 - 12:52 am

    Salam.. Sedikit pembetulan untuk Ustaz.. Kafir Zimmi pada Zaman Rasullah dalam Daulah Islam juga terikat dengan Hukum Hudud bukannya pilihan sepertimana yang diperkatakan oleh Ustaz.

    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,

    “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”.

    Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

    Sila betulkan jika saya tersalah faham. Jika kafir itu bukannya kafir zimmi adakah dikira kafir harbi?

    • #11 by jomislam on 10/05/2013 - 4:30 pm

      Wsalam.
      Mereka dihukum mengikut apa yang ada dalam kitab mereka kerana mereka termasuk dalam golongan ahli kitab, bukannya soal mereka zimmi atau harbi.
      Boleh rujuk ustaz-ustaz yang lebih arif untuk pencerahan.

  7. #12 by Hamba Allah on 10/05/2013 - 3:55 am

    Assalamualaikum ustaz….sy nak kan kepastian tentang hudud….saya faham hudud adalah undang2 yg Allah telah tetapkan dalam Al-Quran…jika satu pemerintah negara / negeri melaksanakan hukum hudud…adakah bermakna hukum hudud itu hanya terpakai untuk penduduk Islam nya dan tidak kepada penduduk bukan Islam? Atau adakah bila sesebuah negara melaksanakan hudud, maka semua rakyatnya terpakai dengan undang2 hudud ini walaupun bukan semua beragama Islam?

  8. #13 by Azam on 30/05/2013 - 7:15 pm

    Salam ustaz. Sy minta izin unt copy article ttg hudud. Tkasih & Barakallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: