Archive for category Islam & Sains
Islam Secara Ringkas
Posted by jomislam in *Al-Quran, Apa itu Islam, English language etc., Invitation to Islam, Islam & Sains, Islam Untuk Semua, Mereka Yang Memeluk Islam, Untuk yang Beragama Budha@To Budhists, Untuk Yang Beragama Hindu@ To The Hindus, Untuk Yang Beragama Kristian@To the Christians, Untuk Yang Tidak Percayakan Tuhan@ To the Atheists on 05/04/2012
Video dipetik dari http://www.youtube.com/user/HwarangMujahideen
*Untuk subtitle dalam bahasa Cina, boleh mula klik di sini.
Mukjizat Al-Quran Dalam Kisah Ashabul Kahfi
Posted by jomislam in *Al-Quran, Islam & Sains, Tulisan Pilihan, Untuk Yang Beragama Kristian@To the Christians, Untuk Yang Tidak Percayakan Tuhan@ To the Atheists on 05/10/2011
Rahsia Tidur Panjang Ratusan Tahun Ashabul Kahfi



Siapakah Sebenarnya 7 Pemuda Dalam Kisah Ashabul Kahfi ?
Firaun & Kisah Pakar Bedah Peranchis Prof. Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam
Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:
“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Top 5 Arguments For The Existence of God @ 5 Bukti Utama Kewujudan Tuhan
Posted by jomislam in *Al-Quran, English language etc., Islam & Sains, Soalan Yang Biasa Ditanya, The Deen Show, Untuk Yang Tidak Percayakan Tuhan@ To the Atheists on 10/01/2011
A must see for all atheists!!! The Top 5 arguments for the existence of the one supreme Creator who is not a man nor does he die for people sins. All you need for this is to turn your brain on and to have an open heart and mind.
@
Mesti ditonton oleh semua atheists!!! 5 bukti kewujudan Tuhan Pencipta yang Esa yang bukannya seorang manusia, ataupun juga yang mati kerana dosa orang lain. Apa yang anda perlu buat ialah hidupkan otak anda, seterusnya buka minda & hati anda =)
Sebagai tambahan, para saintis juga menyokong kebenaran Al-Quran yang tdak bercanggah dengan sains, malah membuktikan kebenaran Allah s.w.t yang telah menurunkanya sebagai panduan buat semua manusia.
Dapatkan lebih banyak lagi bukti-bukti kebenaran Al-Quran berdasarkan Sains melalui link-link yang terdapat di dalam blog ini. Happy learning =)
Apa Itu Al-Quran @ What is the Quran?
Posted by jomislam in *Al-Quran, Apa itu Islam, English language etc., Islam & Sains, Islam Untuk Semua, Khalid Yasin, Qwertyfshag, Soalan Yang Biasa Ditanya, The Deen Show, Tulisan Pilihan, Untuk Yang Beragama Kristian@To the Christians, Untuk Yang Tidak Percayakan Tuhan@ To the Atheists on 26/12/2010
Petikan di bawah dipetik dari http://saifulislam.com/& http://www.welltaken.co.uk/
Siapa di Sebalik al-Quran Itu?

“Quran ini, Quran itu, Quran bla bla bla…”, tidak habis-habis orang memperkatakan tentang al-Quran.
Terkini, seorang ahli politik berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders pun bercakap tentang al-Quran. Percakapannya menjadi fitnah kepada dunia, sesuai dengan tajuk filemnya itu sendiri, Fitna.
Ramai pihak yang mahu mengkritik, menghentam, membela atau mempertahankan al-Quran, terlepas satu proses yang penting. Proses yang disepakati oleh sesiapa sahaja yang bercakap dengan rasional dan berakal waras, tanpa mengira agama.
Proses yang saya maksudkan itu adalah proses menganalisa kesahihan al-Quran.
Di dalam disiplin sejarah sebagai cabang sains sosial, sebelum satu-satu bahan mahu dijadikan rujukan kajian, proses menganalisa ketulenan bahan tersebut harus dilakukan terlebih dahulu. Apakah benar duit syiling yang ditemui itu, merupakan syiling asli, atau syiling palsu. Apakah benar teks tulisan seorang tokoh itu, benar-benar ditulis oleh beliau, dan teks itu merupakan teks asal.
Atas dasar yang sama, proses mengedit dan menyaring manuskrip, memerlukan kepada sekurang-kurangnya tiga salinan berbeza untuk manuskrip yang sama, supaya perbandingan boleh dibuat bagi mengawal ketulenan bahan yang dikaji.
Soalnya, sebelum debat atau kritikan mahu dikenakan ke atas al-Quran, seseorang itu harus memeriksa adakah al-Quran itu benar, tulen, atau palsu serta rekaan semata-mata.
Logiknya mudah.
BUKU PETA
“Hmm, nak kena beli A-Z London ni. Takut sesat”, kata Ahmad ketika di Lapangan Terbang Heathrow. Baru pertama kali beliau menjejakkan kaki ke kota London.
Ahmad menuju ke kedai buku, untuk mencari peta yang boleh memandunya selama keberadaan beliau di kota London.
“Hmm… printed in Bangalore!“, Ahmad terkejut.
Peta yang cantik, komprehensif dan murah di tangannya itu dicetak di Bangalore. Peta London dicetak di India!
“Aduh, printed in 1985!”, kata Ahmad menambahkan terkejutnya dia.
Peta London dicetak di Bangalore, India, pada tahun 1985!
Apakah Ahmad akan membelinya untuk dijadikan panduan agar tidak sesat semasa berada di kota London? Tentu sahaja Ahmad tidak akan membelinya. Ahmad meragui kesahihan peta tersebut, biar pun ia diberikan percuma.
Benar sekali. Kita tidak akan jadikan sesuatu yang kita ragui kesahihannya sebagai panduan..
QURAN PULA
Cuba lihat al-Quran.
Di’turun’kan di Arab Saudi.
Masya Allah. Fahamkah al-Quran ini dengan isu di Eropah atau di Malaysia?
Di’turun’kan bukan pada tahun 1985, tetapi lebih 1430 tahun yang lalu!
Allahu Akbar! Apakah al-Quran ini faham situasi manusia pada tahun 2008 sedangkan ia sudah wujud lebih seribu tahun yang lalu.
Sejauh manakah keyakinan kita kepada kesahihan al-Quran?

“Alif Laam Miim. Itulah al-Kitab (al-Quran), tiada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” [Al-Baqarah 2: 1-2]
Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk, bagi orang-orang yang bertaqwa. Tetapi syarat besarnya ialah, al-Quran itu tidak dihinggapi keraguan. Tiada keraguan di dalamnya. Maka menjadi ujian bukan sahaja ke atas manusia yang tidak atau belum mempercayai al-Quran, bahkan kepada Muslim yang mendakwa dirinya pengikut al-Quran, harus membuat ketentuan, di manakah letaknya keyakinan beliau tentang kesahihan al-Quran.
Jika seorang Muslim mempercayai bahawa al-Quran itu merupakan kalam Allah, Tuhan yang Satu, maka di manakah buktinya?
Jika seorang non-Muslim mahu mempertikaikan al-Quran, bercakap tentang al-Quran, mengimani atau mengkufurinya, sudahkah diperiksa kedudukan al-Quran tersebut? Jika anda menolak al-Quran, apakah alasannya? Jika anda mahu mengimaninya, apakah asasnya?
Oleh yang demikian itu, setiap kita harus mengimani al-Quran yang dipilih, bukan menerima al-Quran sekadar suatu warisan. Soalnya, di manakah kesahihan al-Quran itu mahu ditentukan?
BAHASA
Ada pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk memeriksa al-Quran. Apakah ia benar kalam Tuhan, kalam insan, atau apa?
Permulaannya, mungkin pada aspek bahasa.
Bagi yang pernah belajar bahasa Arab, cuba semak kembali karangan Bahasa Arab kita semasa SRP / PMR beberapa tahun yang lalu…
“Hadhizi madrasati. Madrasati kabiratun, waasi’atun, mulawwanatun, jamilatun, mahbubatun…!”,tahniah, anda telah mendapat ‘A’ untuk Bahasa Arab setaraf itu. Malu rasanya membaca tulisan sendiri. Betapa rendahnya kualiti Bahasa Arab kita pada masa itu, berbanding dengan beberapa tahun selepasnya. Sama juga dengan bahasa-bahasa yang lain.
Cuba lihat al-Quran. Mampukah dari aspek bahasa, kita bezakan ayat-ayat tahun 1, dan ayat-ayat tahun ke-23? Nampakkah bezanya dari segi bahasa di antara Iqra’, Bismi Rabbikalladhee khalaqdengan Idhaa jaa’a nasrullaahi wal fath?
Bahasa al-Quran sungguh konsisten. Tiada bahasa matang dan pra matang dalam tempoh 23 tahun ia terbentuk.
Nyata sekali, konsistensi bahasa al-Quran adalah sesuatu yang mustahil untuk manusia. Tiada manusia yang mampu mengekalkan konsistensi bahasa seperti bahasa al-Quran.
Jika tiada manusia yang mampu berbahasa secara tinggi lagi konsisten sebagaimana bahasa al-Quran, maka tidak masuk akallah untuk al-Quran itu dinisbahkan kepada mana-mana manusia, biar sepakar mana sekali pun dia di dalam bahasanya, kerana konsistensi bahasanya di luar kemanusiaan. Sesungguhnya ia bahasa Tuhan. Pihak yang bercakap di dalam al-Quran itu bukan manusia. Bukan Muhammad. Sesungguhnya Dia yang bercakap di dalam al-Quran itu adalah Tuhan. Allah Subhanahu wa Ta’aala Pengucap firman.
Tapi sudah tentu, untuk memeriksa kesahihan al-Quran dari sudut ini, anda harus punya upaya Bahasa Arab.
ASBAB NUZUL (SEBAB TURUN AYAT)
Ketika Aishah radhiyallahu ‘anha difitnah oleh golongan Munafiq dengan tuduhan zina (Kisah al-Ifk), Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh umat Islam hidup dalam keresahan. Rancaknya golongan Munafiq mengadu domba memburuk-burukkan Ummu al-Mu’mineen ketika itu, ditambah lagi dengan tiadanya ‘hujah pembelaan’ dari al-Quran.
Jika al-Quran ini karangan Muhammad, maka pada saat-saat itulah Muhammad sangat perlu mengarang sesuatu untuk membela isterinya. Tetapi ia tidak berlaku sedemikian rupa. Tatkala isterinya terfitnah, ujian ditambah dengan ‘tiada’nya ayat al-Quran baru yang ‘turun’ membela. Hingga Muhammad sendiri terdongak-dongak ke langit menunggu sesuatu.
Kerana al-Quran itu adalah kalam Tuhan. Firman Allah. Semasa Aishah terfitnah, Allah menguji Muhammad S.A.W, Aishah dan seluruh umat Islam dengan ‘menahan’ wahyu. Hinggalah akhirnya Allah membebaskan Aishah dan membersihkan maruahnya dengan terwahyunya ayat-ayat di dalam surah al-Noor (24 : 1-26)
Ia suatu peristiwa yang dicatatkan sejarah, betapa Muhammad tiada upaya untuk mendatangkan al-Quran, biar pun pada saat yang paling kritikal, melainkan pada apa yang diterima oleh baginda dari Sumber al-Quran, iaitulah Tuhan, Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri.
Namun sudah tentu kisah ini tidak relevan bagi yang menolak literature Muslim, khususnya Hadith Nabi Muhammad S.A.W.
MATEMATIK YANG UNIVERSAL
Mencari kebenaran al-Quran, bahawa the absolute truth itu ada padanya, mungkin memerlukan kepada pendekatan yang lebih universal. Bahasa sejagat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja, berbekalkan akal pembeda manusia dari binatang.
Gunakan matematik dan teori kebarangkalian yang kita semua tahu.
Kita semua sedia maklum bahawa di antara keistimewaan al-Quran ialah pada kewujudan fakta-fakta Sains yang mengagumkan. Begitu banyak penemuan Sains yang hanya ditemui pada era moden ini, telah tercatat dengan jelas di dalam al-Quran, teks yang telah wujud sejak lebih 1000 tahun yang lalu, era yang masih jauh dari upaya manusia menganalisa alam dengan disiplin sains.
Dari manakah datangnya fakta-fakta yang betul itu?
“Aghhh… mungkin hanya lucky guess!”, jawab segelintir yang tidak atau belum mengimani al-Quran.
Baiklah, kita terima alasannya bahawa fakta Sains di dalam al-Quran hanya lucky guess, oleh ‘penulis’nya bernama Muhammad.
Dengan menggunakan teori kebarangkalian, mampukah Muhammad membuat ‘lucky guess‘ di dalam al-Quran?

Dengan sebiji dadu, berapakah kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan satu balingan? Jawapannya adalah satu perenam (1/6). Berapa pula kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan dua balingan? Jawapannya adalah satu perenam kali satu perenam bersamaan satu pertiga puluh enam (1/6 X 1/6 = 1/36).
Gunakan teori yang sama untuk menganalisa fakta Sains di dalam al-Quran.
Misalnya, di dalam al-Quran, ada keterangan tentang bulan dan matahari. Jika Muhammad mahu membuat suatu tekaan apakah bulan itu mengeluarkan cahayanya sendiri, atau memberikan reflek kepada cahaya yang datang dari sumber yang lain, maka berapakah kebarangkalian untuk Muhammad membuat tekaan yang betul?
Pasti, kebarangkaliannya adalah satu perdua (1/2). Sama ada cahaya sendiri, atau cahaya dari sumber lain.
Itu satu fakta Sains.
Bagaimana pula dengan isu lain di dalam al-Quran? Misalnya fakta apakah bumi mengelilingi matahari, atau matahari mengelilingi bumi. Atau fakta tentang komponen tubuh manusia ini terbentuk dari apa… jika setiap satu fakta Sains di dalam al-Quran ini mahu disampaikan secaralucky guess oleh seorang manusia bernama Muhammad, maka berapakah kebarangkalian Muhammad untuk membuat tekaan yang betul?

1/2 X 1/6 X 1/25 X 1/78…. ada seribu fakta Sains di dalam al-Quran, maka kebarangkaliannya ialah 0.00000000007686443547657… dan angka itu berterusan… atau dalam erti kata yang lain… MUSTAHIL!!!
Namun, kesemua fakta Sains di dalam al-Quran itu adalah TEPAT dan BETUL.
Maknanya, yang bercakap di dalam al-Quran itu mestilah satu pihak yang SANGAT TAHU tentang manusia dan alam. Tidak lain dan tidak bukan, pihak yang bercakap di dalam al-Quran itu adalah Pencipta alam dan Pencipta manusia… itulah Tuhan, itulah Allah … Allahu Akbar!
Probability theory boleh digunakan untuk mencari keyakinan terhadap al-Quran.
SAINS SEBAGAI ALAT
Saya menulis artikel ini, bukan dengan maksud mahu membuktikan bahawa di dalam al-Quran ada sains. Itu sudah menjadi cliché.
Kita harus kembali kepada keterangan al-Quran bahawa segala isi kandungannya datang dengan maksud menjadi PETUNJUK (Huda). Maka kegunaan sains di dalam al-Quran adalah untuk membantu manusia mencari petunjuk. Jika sains diangkat sebagai penentu kebenaran, secara empirikal bagai dikata, maka ujilah al-Quran dengan sains.
Sesungguhnya soalan terbesar yang harus diselesaikan oleh sesiapa sahaja yang mahu bercakap tentang al-Quran ialah SIAPA DI SEBALIK AL-QURAN ITU?
Benarkah ia kalam Tuhan?
Mampukah al-Quran dipercayai sebagai bukan kalam Tuhan?
Jika anda bertemu dengan Tuhan dalam pencarian jawapan ini, segala ketidakfahaman anda tentang maksud al-Quran, adalah bukti kejahilan diri, bukannya kecacatan al-Quran, kerana ia adalah kalam Allah, Tuhan yang Maha Suci.

“Mengapa kamu tidak merasionalkannya?” [Al-Anbiyaa' 21 : 10]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
|
To read more;
www.iluvislam.com/Authenticity of the Quran
http://www.gainpeace.com/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=40&Itemid=106
http://www.islamtomorrow.com/quran/quran_begin.asp
http://www.thekeytoislam.com/en/what-is-islam/what-is-quran.shtml
atau baca buku ini.
Untuk membaca Quran secara online, sila klik link-link di bawah kategori Al-quran in Web di sebelah kanan blog ini/
To read online Quran, simply click any of the links under Al-Quran in Web category on the right side of this blog.
*The video is from http://www.youtube.com/user/gainpeace




























Recent Comments