I am a Muslim Woman

Video by http://www.youtube.com/user/IntlHijabiPosse

Read & get more from & about these awesome ladies at http://www.intlhijabiposse.com/


Leave a Comment

Perjalanan Seorang Cina Menuju Islam

Leave a Comment

Jom Tonton Teater Islamophobia

Jom tonton !

Teater Islamophobia,

8 Feb (Rabu) ini di KLPAC.

Peta KLPAC

Tiket berharga RM 150, RM 100 & RM 50.

Diskaun bagi yg bawa :
1 orang rakan Non-yet-Muslim —> RM 100
2 orang rakan Non-yet-Mulsim —> RM 50
3 orang rakan Non-yet-Muslim —-> RM 0

So, mana satu pilihan anda..?  =)

Hidayah adalah milik Allah, bukan milik kita.

Tetapi, kita MAMPU berusaha dengan menggerakkan dakwah melalui apa jua saluran yang ada.

Medan sudah tersedia. Siapa lagi nak gerakkan kalau bukan anda & kita semua ?

\(^__^)/

|SEMOGA KITA MENJADI PENYEBAB SESEORANG MENERIMA HIDAYAH ALLAH SWT.|

Untuk tempahan, hubungi :

017-3667126 (En. Zun Arif Hakim

atau

013-3137685 (Cik Liya)

Leave a Comment

Learn Islam From Korea @ Pelajari Islam Dari Korea :)

Like K-Pop? How about K-Islam? :)

For more, check out these cool sites :)

http://chatislamonline.org/ko

Abd Al-Rashid (Park Dongshin)
http://www.facebook.com/abdalrashidpark

http://www.youtube.com/user/abdurrashidpark
http://www.youtube.com/user/abdurrashidkorean
http://www.youtube.com/user/LearnIslaminKorea

Bacaan berkaitan;

jomislam.wordpress.com/2011/12/28/Cahaya-Islam-bersinar-di-Korea-Selatan

Leave a Comment

Perutusan Tahun Baru Cina TG Nik Abdul Aziz

PERTAMA saya mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua masyarakat Tionghua. Pengharapan besar Tahun Baru Lunar ini yang jatuh pada Isnin, 28 Safar 1433 bersamaan 23 Januari 2012 akan meneruskan keharmonian hidup untuk semua masyarakat di Kelantan.

Perayaan Tahun Baru Cina kali ini adalah satu perayaan penting bagi masyarakat Tionghua kerana mengikut giliran kalendar Cina tahun ini adalah tahun Naga Air. Justeru masyarakat Tionghua percaya tahun ini bakal membawa banyak kebaikan dan rezeki.

Apa pun Naga adalah suatu simbolik dalam kepercayaan masyarakat Tionghua, sementara Air adalah nikmat Allah SWT kepada semua makhluk. Maka bagi Negeri Kelantan, sudah terbukti masyarakatnya hidup dengan penuh keharmonian, sejahtera dan berkebajikan dinikmati  semua kaum. Ia ibarat air yang menjadi pendorong bagi masyarakat Tionghua untuk lebih maju menyumbang dalam apa jua bidang, terutama dalam sosioekonomi yang boleh memberi kebaikan untuk seluruh masyarakat Kelantan.

Demikian pula, simbolik hidangan jamuan raya ‘Yee Sang’ yang mempunyai nilai keagungan dan kehebatan institusi kekeluargaan, ia juga suatu simbolik dalam mengharmonikan persefahaman antara masyarakat selain Tionghua.

Semoga Allah SWT memberkati seluruh hidup masyarakat Kelantan yang telah terbukti sejarahnya begitu hormat-menghormati di antara satu sama lain. Ia sesuai dengan semangat kekeluargaan yang dipupuk sempena musim Tahun Baru Cina.

Oleh kerana itu, sukacita saya mengingati balik apa yang saya utuskan semasa sambutan Tahun Baru Cina sebelum ini (sempena tahun Arnab):

“Kita satu ummah yang bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman serta sejahtera berteraskan nilai agama.

Islam sebagai agama yang tidak mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Justeru Islam mendidik agar berlaku adil kepada semua bangsa.

Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain, melainkan dengan takwa kepada Allah.”

Harapan amatlah besar, agar masyarakat Tionghua di Malaysia dan di Kelantan terus memberi kerjasama terbaik kepada pihak Kerajaan Negeri untuk meneruskan program pembangunan masyarakat Kelantan ini dengan sebaik-baiknya.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan/al-Mursyidul Am PAS
Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Dipetik dari  http://www.blogtokguru.com/ & http://www.youtube.com/user/tvpas09

CNY Poster is by http://therockinghijab.blogspot.com/

Leave a Comment

Vatikan Akui Islam Agama Terbesar di Dunia

Dipetik dari http://map2care.blogspot.com/

 
Kota Vatikan- markaz besar Gereja Katolik Roma kini mengakui bahawa Islam sekarang telah menjadi agama terbesar di dunia.
.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah kita tidak lagi berada di posisi yang teratas, penganut agama Islam kini telah menyusul kami,” kata Monsignor Vittorio Formenti dalam sebuah wawancara dengan surat khabar Vatikan L’Osservatore Romano.
.
Setelah menunggu lama, secara rasmi Vatikan akhirnya mengakui Islam merupakan agama yang paling ramai penganutnya dan melebihi agama Kristian lebih dari tiga juta di seluruh dunia selama hampir setahun yang lalu, dan menjadi agama yang banyak dianuti oleh warga barat mengikut penyataan Vatikan kerana jumlah Muslim di dunia telah melampaui 1.3 milion penganut.
.
Vatikan menyatakan bahawa terdapat permintaan yang luar biasa oleh warga Kristian dari Barat dan Yahudi serta agama-agama lain dan kepercayaan lain untuk menganut agama Islam dalam beberapa tahun terakhir, meskipun terdapat kempen-kempen memburukkan agama Islam oleh golongan anti-Islam dan turut dinyatakan sejumlah wang besar yang dibelanjakan untuk kempen khutbah agama Kristian.
.

Sumber diolah : Eramuslim , Iqra

Leave a Comment

Paradise in Islam

Video from

http://www.youtube.com/user/TheDeenShowTV

http://www.youtube.com/user/dawahaddict

etc.

Leave a Comment

Cahaya Islam Bersinar di Korea Selatan

Dipetik dari http://zainurrashid.com/

Salam Doktor ! Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah? Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini ? Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.

Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai perkembangan Islam di bumi Sonata ini.

Seoul, Ibu kota Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di dunia

Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5’C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Seoul Central Mosque, Itaewon

Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya memulakan lawatan ke Korea ini dengan bersolat Jumaat di Seoul Central Mosque di Itewon. Subhanallah, masjid ini merupakan sebuah Pusat Islam dan masjid jamek yang besar lagi tersergam indah di atas sebuah bukit di tengah-tengah ibu kota Korea ini.

Saya terpaksa mencuri peluang masuk dengan berhimpit sebelum berjaya ke dalam dewan solat masjid kerana jemaah yang hadir telah pun memenuhi ruang solat sehingga melimpah ke bahagian luar masjid. Kelihatan khatib tempatan yang bernama Ustaz Sulaiman sedang berkhutbah dengan penuh bersemangat di dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Korea. Para Jemaah yang hadir kelihatan khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan.

Khutbah Jumaat di Seoul Central Mosque

Jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai asal latar-belakang yang berbeza, seolah-olah kami sedang berada di sebuah perhimpunan umat Islam antarabangsa. Selain daripada masyarakat tempatan dari Korea, ramai juga kelihatan orang-orang Islam yang berketurunan Pakistan, Bangladesh, Turki, Arab, Malaysia dan Indonesia. Selepas solat Jumaat, saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan masyarakat Islam di sini.

Saya juga bersempatan melawat Seoul Central Mosque dengan lebih dekat lagi. Pejabat operasinya nampak kemas dan kakitangannya sentiasa kelihatan mesra menyambut kedatangan tetamu dari dalam dan luar Negara. Kelihatan juga sebuah sekolah rendah Islam yang telah dibangunkan bagi memberikan pendidikan Islam secara khusus kepada anak-anak Muslim terletak di perkarangan kawasan masjid ini.

Majoriti penduduk Korea Selatan yang berjumlah seramai 48.8 juta orang ini secara rasminya tidak menganut sebarang agama. Manakala umat Islam pula adalah kaum yang begitu minoriti di sini. Namun begitu, syiar Islam semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Pada setiap minggu dan bulan, semakin ramai rakyat Korea yang membuat keputusan untuk memilih Islam sebagai agama mereka.

Kini, penduduk beragama Islam di negara yang terkenal dengan produk ginseng itu dianggarkan mencecah kira-kira 140,000-150,000 orang termasuk pelajar dan pekerja yang menetap di situ. Daripada jumlah ini, kira-kira 35,000 orang adalah Muslim daripada kalangan rakyat tempatan Korea Selatan.

Perkembangan Islam di situ dapat dilihat dengan jelas apabila semakin banyak masjid dan surau dibina di beberapa penempatan penduduk Islam. Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, bahkan sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam. Apa yang jelas, dakwah yang dijalankan oleh imam dan pemimpin agama terdahulu dan sekarang terutamanya di kalangan rakyat tempatan telah berjaya menyedarkan masyarakat Korea untuk memilih agama Islam dengan rela hati.

Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Korea sejak ratusan tahun dulu tetapi subur bercambah di antara tahun 1950-1953 yang lalu ketika negara itu berada di dalam kancah peperangan dan rakyatnya berada di dalam keadaan yang sangat miskin. Risalah Islam mula dibawa dan kemudiannya disebarkan oleh beberapa orang tentera dari battalion ketenteraan Turki yang bertugas di Korea.

Kini, penyebaran agama Islam di negara ginseng ini banyak dibantu oleh Korean Muslim Federation (Persekutuan Korea Muslim –KMF ) yang telah ditubuhkan bagi menangani kebajikan dan dakwah kepada masyarakat Islam setempat serta kepada rakyat Korea yang lainnya.

Seoul Central Mosque yang merupakan masjid yang pertama dibina di Korea Selatan iaitu pada 1976, telah dipilih oleh KMF sebagai pusat dakwah dan pusat pendidikan Islam kepada penduduk setempat di situ.

Pendakwah dari Turki yang memiliki BA, MA dan PhD dalam Bahasa Korea

Saya sempat menemui saudara Dr Hussein Janj, pegawai eksekutif KMF yang berketurunan Turki yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran (PhD) di bidang bahasa Korea. Dr Hussein yang telah berdakwah selama 16 tahun di Korea menyatakan bahawa semakin hari semakin ramai rakyat Korea yang memilih Islam sebagai agama mereka. Saban hari dan di hujung minggu terutamanya, semakin ramai rakyat tempatan yang datang ke masjid untuk mempelajari Islam dengan lebih dekat dan kemudiannya memeluk Islam. Melalui kelas pengajian ‘What Is Islam? yang dijalankan di Seoul Central Mosque sahaja telah berjaya menarik kira-kira seramai 150 orang memeluk Islam pada setiap tahun.

Masjid Chongju

Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan (2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan Gwangju (2005).

Masjid di Pusan

Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.

Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat, lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.

KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea Selatan.

Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.

Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama

Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja, makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.

Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka. Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.

Kadar bunuh diri tertinggi di dunia

Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya, kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.

Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam semakin berkembang di bumi Sonata ini.

1-Anak muda Korea membaca al Quran

2-Islam di Korea

Semakin terbukti bahawa cahaya Islam kian mekar berkembang ke seluruh pelusuk alam dengan dakwah Islamiah yang disebarkan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar……

Salam perjuangan

Seoul yang sejuk tetapi hangat dengan perkembangan Islam

Leave a Comment

Kenapa Orang-Orang Kristian Harus Memilih Islam

.
KENAPA PENGANUT AGAMA KRISTIAN HARUS MEMILIH ISLAM
.
Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr
(sertai facebook TINTAMUALLAF dan twitter AHMADKHAIRULIKHWANJR)
.
Ini merupakan satu seruan kasih sayang buat saudara-sudara ku yang belum beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya Nabi Muhammad SAW. Saya mengajak mereka supaya beriman dan menginsafi bahawa hanya Islam yang boleh memberikan keselamatan di dunia dan akhirat. Selain agama Islam semuanya tidak akan diterima dan diredhai oleh Allah SWT yang maha pemurah dan maha pengasih. Walau apa jua alas an dan hujah yang mereka berikan semua hujah tersebut terbatal dan tidak mampu melawan hujah yang Allah SWT berikan melalui al-Quran dan Hujah Rasulullah SAW melalui hadith nya.
.
Manusia merupakan satu-satunya makhluk yang terbaik dan paling mula yang Allah SWT ciptakan berbanding dengan makhluk-makhluk lain yang wujud. Manusia merupakan khalifah Allah SWT di muka, diberikan akal dan ilmu pebgetahuan untuk mengenali siapa pencipta yang sebenar akan tetapi manusia masih buta dan tidak kenal siapa Allah SWT. Oleh yang demikian saya akan memberikan hujah-hujah kenapa orang-orang bukan Islam khususnya penaganut agama Kristian wajib meninggalkan agama Kristian dan memilih Islam sebagai agama anutan mereka, insyaAllah.
.
Agama Kristian bukan agama Rahmatan Lil’alamin, tetapi agama Kristian hanya untuk bangsa Yahudi sahaja.
.
Agama Kristian yang orang-orang Kristian bangga-banggakan sebagai satu agama kebenaran dan agama untuk semua manusia (alamiyyah) sebenarnya tidak betul dan selama ini semua penganut agama Kristian tertipu dengan ajaran-ajaran yang terima dan amalkan. Segala pengorbanan dan amal ibadat yang orang-orang Kristian lakukan adalah sia-sia dan membuang masa. Agama Kristian bukan sahaja tidak mengiktiraf penganut agama kristian sebagai penganutnya tetapi Yesus Kristus sendiri yang dianggap sebagai juru selamat, anak Tuhan dan Tuhan turut tidak mengakui bangsa yang bukan Yahudi sebagai umatnya dan tidak akan menyelamatkannya, sebaliknya menganggap manusia yang bukan berbangsa Yahudi umpama seekor anjing. Saya berbangsa Dusun dan bukan berbangsa Yahudi sudah tentu segala amal kebaikan dan pengabdian saya kepada Yesus Kristus selama ini adalah sia-sia dan tidak dihargai kerana saya bukan berbangsa Yahudi. Dalil yang menunjukkan agama Kristian hanya untuk bangsa Yahudi ialah:
.
”Sesudah Yesus dilahirkan Betlehem di tanah Yudea pada zaman raja Herodes, datanglah orang-orang Majusi dari timur ke Yerusalem dan bertanya: di manakah dia raja orang Yahudi yang baru dilahirkan.”- Matius Fasal 2:Ayat 1-2
.
”Mereka berkata kepadanya: di Betlehem di tanah Yudea, kerana demikianlah ada tertulis dalam kitab Nabi. Dan engkau Betlehem tanah Yudea, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yahuda kerana daripada mula akan bangkit seorang pemimpin yang akan menggembalakan umatku Israel.”- Matius Fasal 2:Ayat 5-6
.
”Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke kawasan dekat bandar Tirus san Sidon. Seorang wanita Kanaan  yang tinggal di kawasan itu datang kepada Yesus dan berseru,” Anak Daud, kasihanilah saya! Anak perempuan saya dirasuk roh jahat dan keadaanya amat teruk.”
.
Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. Pemgikut-pengikut-Nya datang dan memohon kepada-Nya, ” Suruhlah wanita itu pergi. Dia mengikuti kita dan membuat bising sahaja!”
.
Yesus berkata kepada wanita itu,” Aku diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat.”
Mendengar kata-kata itu, wanita itu menghampiri Yesus dan sujud di hadapan-Nya. Dia berkata,” Tuan, tolonglah saya.”
Tetapi Yesus menjawab,” Tidaklah patut mengambil makanan anak-anak lalu melemparkan-Nya kepada anjing.”- Matius Fasal 15:Ayat 21-26
.
Kebenaran ini saya temui ketika membuat kajian perbandingan antara al-Quran dan bible, tetapi sebelum ini saya tidak mengetahui akan maksud ayat ini dan kepada siapa ia ditujukan. Oleh itu, ini sudah menjadi satu bukti yang cukup agama kristian bukan agama untuk semua manusia tetapi khusus untuk bangsa Yahudi sahaja. Di dalam bible pun tidak ada satu ayat pun yang menyebut kristian merupakan agama untuk semua manusia.
.
Maka saya keluar daripada agama Kristian kerana Kristian sendiri yang menyuruh saya untuk keluar dan mencari agama yang lain, lalu saya memilih Islam kerana Islam merupakan agama ”Rahmatan Lilalamin.” Islam bukan untuk bangsa Arab sahaja tetapi untuk siapa sahaja yang inginkan kebenaran. Oleh yang demikian saya bukannya memfitnah agama Kristian agama tetapi saya mempunyai bukti yang kukuh daripada kitab mereka sendiri iaitu bible. Kenapa saya masih terus beragama Kristian sedangkan Kristian tidak mengiktiraf saya sebagai penganutnya.
.
Oleh yang demikian saya mengharapkan kepada semua penganut agama Kristian supaya tidak melenting apabila membaca buku ini. Bukan saya yang mengatakan manusia yang bukan berbangsa Yahudi seperti anjing sebaliknya fakta ini saya petik daripada kitab bible. Dan sekirannya penganut agama Kristian tidak mempercayai akan kebenaran ini maka bermaksud mereka sendiri tidak percaya kepada bible yang mereka anggap sebagai kalam Tuhan. Dan saya sedia bermuzakarah dengan mana-mana Paderi untuk membincangkan perkara ini untuk kebaikan bersama.
.
Oleh yang demikian, kemasukan Benjamin Stephen ke dalam agama (sekarang mereka menjadi pendakwah Kristian di singapura) tidak memberikan apa-apa kelebihan dan kekuatan kepada Kristian sebagai agama yang benar dan Kristian agama untuk semua. Ini kerana melihat kepada hujah yang saudara Benjamin Stephen berikan tidak ilmiah dan tidak ada dalil yang kuat berdasarkan ilmu sama ada daripada bible mahu pun pada pendapat ulama-ulama Kristian sendiri. Dan saya sendiri berani mencabar Benjamin Stephen bahawa beliau tidak lah hebat sangat dan beliau sendiri tidak memahami tentang ajaran Islam yang sebenar, walaupun pernah belajar di sekolah agama tetapi beliau lebih bodoh daripada apa yang saya sangkakan. Oleh itu sesuai lah Benjamin Stephen murtad. Kalau dibandingkan dengan saya yang baru sahaja memeluk agama Islam, kefahaman saya tentang Islam lebih baik daripada Benjamin Stephen yang lahir dan belajar di sekolah agama. Oleh itu, saya sedia bertemu dengan beliau untuk berbincang sekiranya beliau seorang lelaki yang berani. Tetapi pada saya, beliau hanya mencari publisiti murahan dan sedikit habuan daripada Paderi-paderi Kristian untuk meneruskan hidupnya.
.
Kalau kita melihat di dalam al-Quran dan hadis nabi banyak ayat yang menyebut bahawa Islam ialah agama untuk semua manusia dan bukan untuk orang arab sahaja. Malahan nabi sendiri turut menyebut bahawa tidak ada perbezaan diantara bangsa arab dan bangsa ajam (bukan arab) semuanya sama. Dan yang paling lebih ialah siapa yang paling bertaqwa kepada Allah SWT. Oleh itu saya ingin menyebut di sini bahawa sesiapa yang memilih agama kristian yang bukan berbangsa Yahudi maka adalah sia-sia dan tidak mendapat balasan baik pun. Tetapi dengan memeluk agama Islam, telah menemui jalan terbaik. Bukan sahaja menemui jalan yang benar tetapi menjadi umat yang terbaik.
.
Tidak ada jaminan daripada Tuhan agama Kristian merupakan agama yang benar.
.
Agama Kristian yang saya yakini benar dan datangnya daripada Tuhan selama ini sebenarnya salah. Selama ini saya dan semua penganut agama Kristian berfikiran agama Kristian merupakan agama yang boleh memimpin ke jalan yang benar tetapi apa yang berlaku sebaliknya, tidak ada satu ayat pun daripada bible yang menyebut agama Kristian adalah agama yang benar dan selamat. Saya berani mencabar mana-mana Paderi sila tunjukan ayat mana di dalam bible yang mengatakan Tuhan telah mengiktiraf agama ini sebagai agama yang benar dan selamat. Tetapi  Islam telah memberikan jaminan bahawa Islam merupakan agama kebenaran dan selamat untuk sesiapa sahaja yang inginkan keselamatan. Firman Allah SWT:
.
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.”
- Surah Ali-Imran:Ayat 19
.
“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi.”-
Surah Ali-Imran:Ayat 85
.
Sebaliknya di dalam kitab bible tidak ada satu ayat pun yang mengatakan agama Kristian merupakan agama yang datang daripada Tuhan. Tetapi sebaliknya kita melihat ajaran-ajaran kristian ini datangnya daripada riwayat dan cerita-cerita karut yang tidak ada sandaran dan nas yang mempunyai bukti yang kukuh. Tetapi Islam tidak ada satu perkara pun yang meragukan di dalamnya kerana setiap persoalan yang timbul semuanya ada jawapan dengan nas dan bukti yang kukuh. Inilah buktinya Islam agama yang benar dan datangnya daripada Allah SWT.
.
Tidak ada jaminan Bible datangnya daripada Tuhan dan bukan ciptaan manusia.
.
Kitab bible yang menjadi pegangan penganut agama Kristian, saya harapkan dan percayakan bahawa kitab ini datangnya daripada Tuhan dan bukan ciptaan manusia rupanya kitab ini tidak ada jaminan yang boleh memberi keyakinan kepada saya. Melihat kepada kandungannya bukan sahaja meragukan tetapi tidak patut bagi Tuhan memberikan satu kitab sebagai panduan keselamatan tetapi mengandungi perkara-perkara yang boleh merosakkan penganutnya.
.
Dan saya telah mencari di setiap tajuk bible tidak ada satu pun ayat yang memberikan jaminan bible merupakan kalam Tuhan. Tetapi peroalan saya ini akhirnya terjawab ketika mana saya mencari di dalam al-Quran bahawa al-Quran merupakan kitab yang diiktiraf dan di akui oleh Allah SWT sebagai kitab yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan bukannya ciptaan baginda seperti mana dakwaan palsu daripada orentalis barat yang sememangnya benci kepada Islam dan cuba memalsukan ayat-ayat al-Quran tetapi tidak Berjaya kerana al-Quran dijaga oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:
.
“Bahkan ia adalah al-Quran yang tertinggi kemuliannya (lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.”- Surah Al-Buruj:Ayat 21-22
.
”Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadar (kemulian).”- Surah Al-Qadr: Ayat 1
.
“Sesungguhnya kami akan menurunkan kepada engkau perkataan yang hebat (al-Quran).”- Surah Al-Muzzamil: Ayat 5
.
“Sesungguhnya kami yang menurunkan Al-Quran, dan pasti kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya.”- Surah Al-Hijr: Ayat 9
.
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.”- Surah Al-Baqarah: Ayat 2
.
Di dalam pengkajian saya antara al-Quran dan bible, setiap surah yang ada di dalam al-Quran mengandungi tiga ayat atau lebih yang menyatakan al-Quran ini datangnya daripada Allah SWT dan bukannya ciptaan manusia. Inilah kehebatan Islam lalu saya memeluk Islam dan meninggalkan Kristian yang tidak ada jalan keselamatan di dalamnya. Bible hanyalah sebuah cerita lama yang tidak ada kelebihan dan mukjizat untuk dibanggakan. Saya sendiri sebenarnya hairan kerana selama ini penganut agama Kristian mendakwa bible adalah kalam Tuhan tetapi kalau kita melihat kandungannya banyak perkara lucah yang tidak seharusnya ada di dalamnya. Bukan itu sahaja bahkan bible mengiktiraf perbuatan sumbang mahram dan dirakamkan di dalam bible.
.
“Apabila Yehuda melihat Tamar, dia menyangka perempuan itu seorang pelacur kerana mukanya bertudung. Oleh itu Yehuda menghampirinya di pinggir jalan dan berkata “Berapakah yang kamu minta? “dia tahu perempuan itu menantunya sendiri. Tamar menjawab “ Apakah yang tuan mahu berikan?” Yehuda berkata lagi, “Aku akan berikan seekor kambing muda kepadamu.” Tamar menjawab, “Boleh, asal tuan memberi saya cagaran  sehingga tuan mengirimkan kambing itu.” Yehuda bertanya, “apakah yang dapat ku berikan sebagai cagaran kepadamu.” Tamar menjawab, “Berikan saya meterai tuan dengan talinya dan juga tongkat yang tuan bawa itu.” Yehuda memberikan benda-benda itu kepadanya. Kemudian mereka bersetubuh, lalu Tamar mengandung .  Tamar pulang ke rumah dan membuka tudung mukanya, lalu memakai semula pakaian balu.”- Kejadian Fasal 38 :Ayat 15-19
.
“Datanglah firman Tuhan kepadaku: Hai anak manusia, ada dua orang perempuan, anak dari satu ibu. Mereka bersundal ( Melacur ) di mesir, mereka bersundal ( Melacur ) pada masa mudanya: “ Disana susunya di jamah-jamah dan dada keperawanannya di pegang-pegang.” -Yehezkeil Fasal 23: Ayat 1- 3
.
“Ia berahi kepada kawan-kawannya bersundal (Melacur), yang auratnya seperti aurat keledai dan zakarnya seperti zakar kuda. Engkau menginginkan kemesuman masa mudamu, waktu orang mesir memegang-megang dadamu dan menjamah-jamah susu kegadisanmu.”-Yehezkiel Fasal 23 :ayat 20-21
.
“Ciumlah aku dengan bibirmu, cintamu lebih nikmat daripada Wain.”-Kidung Agung Fasal 1: Ayat 2
.
“Buah dadamu seperti dua anak rusa, seperti kijang kembar yang sedang merumput di antara bunga bakung.”- Kidung Agung Fasal 4 :Ayat 5
.
“Tubuhmu seayu pokok palma dan buah dadamu seperti gugusan buahnya. Aku hendak memanjat pokok palma dan mendapatkan buahnya. Bagiku, buah dadamu seperti gugusan buah anggur.”- Kidung Agung Fasal 7: Ayat 7-8
.
“Kami mempunyai seorang adik perempuan, yang masih kecil buah dadanya. Apakah yang harus kami buat apabila pemuda datang meminangnya.”- Kidung Agung Fasal 8: Ayat 8
.
“Pergilah Lot dari Zoar dan ia menetap bersama-sama dengan kedua anaknya perempuan di pergunungan, sebab ia tidak berani tinggal di zoar. Maka diamlah ia dalam satu gua beserta kedua anaknya. Kata kakaknya kepada adiknya: “Ayah kita telah tua, dan tidak ada laki-laki di negeri ini yang dapat menghampiri kita, seperti kebiasaan seluruh bumi. Marilah kita beri Ayah kita minum anggur, lalu kita tidur dengan dia supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita. Pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua untuk tidur dengan ayahnya: dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun. Keesokan harinya berkatalah kakaknya kepada adiknya: “Tadi malam aku telah tidur dengan ayah; Baiklah malam ini juga kita beri dia minum anggur; masuklah engkau untuk tidur dengan dia supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita.” Demikianlah juga pada malam itu mereka member ayah mereka minum anggur, lalu bangunlah yang lebih muda untuk tidur dengan ayahnya ; dan ayahnya  itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun. Lalu mengandunglah kedua anak Lot itu dari ayah mereka.”- Kejadian Fasal 19: Ayat 30-36
.
Agama kristian tidak mempunyai fiqh ibadat yang jelas.
.
Agama kristian yang saya anuti sebelum ini dan saya rasakan agama yang benar sebenarnya tidak betul dan salah. Dan selama ini segala ibadat yang saya kerjakan tidak mendapat pahala disisi Tuhan mahu pun disisi Yesus Kristus. Tidak seperti agama Islam yang bersifat  syumul segala permasalahan yang berkaitan dengan manusia dan alam terdapat di dalam ajarannya tanpa merasa payah untuk mencarinya. Di dalam perkara ibadat misalnya Islam telah tetapkan bentuk dan cara ibadat yang sesuai dengan fitrah manusia dan cara terbaik memohon pertolongan kepada Allah SWT. kalau kita mengakaji dengan teliti kita akan dapat melihat cantiknya gerakan-gerakan solat yang dilakukan dan ahli sains telah mengkaji bahawa dengan asbab gerakan solat ini ia boleh menyembuhkan penyakit yang di hidapi oleh individu tersebut. Dan ini satu bukti Islam itu agama yang benar.
.
Kalau kita membuat perbandingan di dalam ibadat antara Islam dan kristian amat jauh perbezaannya. Di dalam agama Kristian dia tidak mempunyai peraturan. Ketika beribadat pada hari ahad tidak ada konsep aurat, pakaian bersih ke tidak bersih, lelaki perempuan boleh  duduk sekali, dan tidak ada hukum batal sembahyang. Semua ini menunjukkan Kristian tidak ada kesempurnaan. Dengan alunan muzik, melompat sana sini seperti konsert rock, dengan pakaian seksi, anjing pun boleh masuk ke dalam gereja tidak ada beza pun dengan konsert rock yang dilakukan oleh kumpulan daripada barat. Adakah patut kita menyembah tuhan tetapi seperti ini tingkah laku kita. Saya ibaratkan lah ketika hendak bertemu dengan perdana menteri, seseorang itu mestilah berpakaian rasmi, kemas, bersih dan tidak seperti seorang rock. Cuba kita bandingkan siapa lagi hebat Tuhan atau perdana menteri.
.
Di dalam Islam contohnya, ia tidak memandang harga pakaian yang penting memenuhi kehendak syariat, menutup aurat dan kemas. Kerana apa? Kerana Islam itu indah dan mahukan umat yang terbaik. Dengan ibadat yang dilaksanakan seseorang itu merasa tenang tetapi saya ingin bertanya orang-orang Kristian yang sembahyang berapa ramai yang tenang hati. Kalau mereka menjawab kami merasa tenang, jawapan yang mereka berikan sebenarnya salah dan mereka ingin menipu umat Islam supaya memeluk agama Kristian. Kerana apa saya katakana demikian? Kerana saya pernah mengalaminya, saya bekas penganut agama Kristian dan saya tahu semua perkara di dalam    Kristian. Beruntunglah mereka yang beriman kepada agama Islam. Inilah kehebatan Islam sebagai agama yang terbaik dan benar. Beruntunglah mereka yang mengikuti jalan Islam.
.
Bible mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Nabi, penutup segala Nabi.
.
 
“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kitab yang diturunkan sebelumku, iatu kitab Taurat dan memberikan khabar gembira dengan kedatangan seorang rasul yang akan datang kemudian daripadaku-bernama Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “ini ialah sihir yang jelas nyata.”
- Surah As-Saff: Ayat 6
.
Muhammad Bin Abdullah satu nama yang cukup indah, mulia dan agung. Suatu makhluk ciptaan Allah SWT yang paling mulia di alam ini. Baginda merupakan pemimpin daripada semua anak keturunan Nabi Adam. Baginda telah diangkat menjadi Nabi dan Rasul kepada sekalian makhluk dan pembawa rahmat  kepada sekalian alam. Baginda bernama Abu al-Qasim, Muhammad, Ahmad dan baginda juga diberikan jolokan nama dengan al-Mahi iaitu orang yang melenyapkan kekafiran, al-Hasyir yang mengumpulkan manusia dengan kudus hatinya, al-Aqis orang yang tidak akan terdapat setelahnya, juga disebut dengan al-Muqaffa orang yang dihormati.
.
Baginda merupakan anak lelaki kepada Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Quraisy bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khazimah bin Mudhirah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazzar bin Ma’d bin Adnan. Baginda dilahirkan di kota makkah pada hari isnin 12 rabiulawal pada tahun gajah, bersamaan dengan waktu serangan tentera bergajah Abraham yang datang dari yaman ke atas kaabah di Makkah. Telah berkata Ibnu Al-jamli : Mereka para ulama sepakat Rasulullah dilahirkan pada hari isnin tahun gajah, tetapi mereka berbeza pendapat mengenai tarikh kelahiran baginda. Terdapat empat pendapat tentang hal ini :
.
i.                    Baginda dilahirkan pada 2 rabiulawal
ii.                  Baginda dilahirkan pada 8 rabiulawal
iii.                Baginda dilahirkan pada 10 rabiulawal
iv.                Baginda dilahirkan pada 12 rabiulawal
.
Kelahiran Nabi Muhammad merupakan suatu rahmat kepada alam ini, menjadi pembanteras kesyirikan, pembawa berita gembira kepada seluruh makhluk samada yang beriman, kafir mahu pun jin. Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu merupakan kebenaran yang nyata sama ada yang sempat bertemu, melihat, bercakap atau pun mereka yang tidak pernah mengetahui Rasulullah adalah seorang Nabi yang benar yang diutuskan oleh Allah SWT untuk sekalian alam ini.
.
Itulah yang saya alami pada suatu ketika dahulu, saya tidak mengenali siapa dia Muhammad. Yang saya tahu sebutan nama Muhammad tetapi tidak mengetahui baginda seorang Nabi yang sebenar dan apakah ajaran yang dibawanya. Yang pastinya saya benci dengan nama ini, kerana saya telah buta hati untuk mengenalinya. Apabila saya mengkaji tentang diri baginda, hati yang dahulunya benci menjadi sayang dan rindu kepada baginda. Apabila saya mempelajari sirah perjalanan hidup baginda, hati menjadi tenang, bersemangat untuk berjuang, serta ada kekuatan menusuk di dalam hati.
.
Nama Muhammad bukan sahaja disebut di dalam al-Quran tetapi turut disebut di dalam kitab-kitab agama yang lain seperti kitab bible dan kitab-kitab yang dimiliki oleh penganut Hindu. Walaupun nama Muhammad tidak disebutkan secara terus dan nama lain yang digunakan tetapi yang jelasnya orang yang dimaksudkan ialah Muhammad itu sendiri. Oleh kerana takut kebenaran ini diketahui oleh orang ramai, maka paderi-paderi kristian dan sami-sami tidak mendedahkanya dan menjadikanya satu rahsia yang penuh mistik.
.
Di dalam agama kristian, nama Muhammad suatu nama yang kurang diminati untuk didengar oleh penganut agama kristian. Apabila disebut nama Muhammad seolah-olah timbul perasaan yang kurang senang di dalam hati dan pemikiran mereka, manakala di kalangan paderi mereka membenci dan memberikan gambaran yang jahat tentang peribadi nabi Muhammad. Bagi para penganut agama kristian, Nabi Muhammad tidak tersenarai sebagai Nabi akhir zaman. Bagi mereka yang paling hebat ialah Yesus Kristus, lebih hebat daripada mana-mana nabi kerana Yesus Kristus merupakan anak Tuhan.
.
Sebenarnya penganut agama kristian bersikap demikian kerana mereka sendiri tidak memahami ajaran dan kandungan kitab bible. Mereka hanya terpengaruh dengan dakyah-dakyah paderi mereka yang menyesatkan  aqidah dan menyembunyikan kebenaran yang sebenar. Paderi-paderi ini membuat tafsiran yang mengikut hawa nafsu mereka untuk merosakkan agama kristian yang sebenar.
.
Namun di sebalik agenda jahat mereka, Allah SWT masih memelihara beberapa bukti untuk menunjukkan betapa Nabi Muhammad itu adalah Nabi dan Islam merupakan agama yang sebenar. Apa bila saya bertanya kepada seorang paderi tentang adakah terdapat cerita tentang Muhammad di dalam bible? Jawapan yang diberikan cerita tentang Muhammad tidak terdapat di dalam bible.
.
Wujud percanggahan di dalam ajaran Kristian.
.
Agama Kristian yang saya imani merupakan agama kebenaran dan tidak berlaku kelemahan di dalamnya sebenarnya hanya harapan yang sia-sia. Selama ini saya dan semua penganut agama Kristian tertipu dengan kecantikan agama Kristian di luar tetapi di dalamnya sebenarnya penuh dengan kesalahan dan penyelewengan. Selama ini saya mendabik dada bahawa bible merupakan kitab yang terbaik tetapi sebenarnya tidak. Dan sekirannya kita melihat kandungannya banyak percanggahan diantara satu sama lain. Percanggahan ini meliputi di dalam perkara aqidah, perkara dosa warisan dan sebagainya.
.
Tidakkah percanggahan yang wujud tersebut merupakan satu kecacatan. Sekiranya agama Kristian cacat pada ajarannya ia jelas menunjukkan tidak sempurna dan apabila tidak sempurna bagaimana memandu manusia ke arah keselamatan.
.

Leave a Comment

Queenie Padilla Quits Showbiz, Embraces Islam

11/21/2011

MANILA, Philippines – Actress Queenie Padilla has quit show business for her Muslim religion.

In an interview with ABS-CBN News, Padilla said she finds inner peace and direction in life in Islam.

“Islam is a way of life. When you start to [become a] Muslim, you know [what] your life purpose really is. I am such a sinful person, but Allah invited me to his house. I am so close to him,” she said.

Padilla recently performed the Hajj, a pilgrimage to Makkah in Saudi Arabia. She said she has become a totally different person because of Islam.

“When I was in showbiz, I was very unhappy. I was lost and I always felt I never belong. But now that Allah is in my life, Alhamdullilah, La illa illalah, I am so happy and content in my life,” she said.

As she enjoys her new life, Padilla said she will not go back to show business.

“Haram kasi sa isang babae ang maging artista kasi lahat ng aura pinapakita mo. Kasi ang babaeng Muslim ay napaka-modest. At ang babae sa Islam ay parang jewel… Actually I already quit [showbiz] like 8 months [ago], since my last appearance on TV,” she said.

Padilla thanked her father, action star Robin Padilla, who introduced her to Islam.

“I just want to thank my father for giving me the opportunity to perform Hajj. And I love him so much because without my father, I might not have been a Muslim,” she said.

Even Padilla’s relatives and friends in Saudi Arabia were inspired by her new image.

As she returns to the country, Padilla said she will carry with her the experiences she had while doing Hajj, adding that she will share these to her fellow Filipinos. – Report from Charles Tabbu, ABS-CBN News

 

Leave a Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.