An Introduction to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester Part 1: Islam, Salam, & My Story

This is an introduction & invitation to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, a Sabahan Malaysian ex-christian who converted to Islam in the USA.

In this first part, Ustaz Nicholas talks about salam, & a bit about himself & how he comes to Islam.

(Terimakasih pada Sdr. Azwan untuk terjemahan)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya ucapkan salam kepada semua dengan salam yang universal, salam yang diucapkan oleh semua nabi dan rasul, dari Adam kepada Musa, dari Ibrahim kepada Isa sehingga Muhammad S.A.W…Assalamualaikum yang bermaksud sejahtera ke atas kamu.

Nama saya Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah. Saya dilahirkan dalam keluarga Roman Catholic…sangat aktif dalam gereja dan kemudian dalam pergerakan gereja angelical dan juga gereja bukan angelical.

Kemudian, saya belajar tentang agama Islam dan perbandingan dengan agama lain. Saya dapati kemasukan seorang penganut Kristian ke dalam agama Islam adalah proses semulajadi atau natural kerana ajarannya yang mempunyai banyak persamaan. Di dalam ajaran bible sendiri, banyak yang mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam Islam.

Saya percaya jika seseorang itu ikhlas dan jujur dalam mencari Tuhan yang Maha Besar, bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran, Tuhan akan memudahkannya dan menunjukkannya ke jalan yang benar.

Pemahaman saya terhadap Islam sebelum saya menganutnya tidaklah begitu jelas, terutama dalam aspek kehidupan umat Islam. Sebagai contoh, bila saya melihat umat Islam di Negara ini, saya tidak nampak apa-apa perbezaan dengan penganut agama lain. Anda tidak melihat satu manusia atau umat yang istimewa, sebaliknya mereka seperti orang lain yang biasa. Malahan kadang-kala mereka melakukan perkara buruk yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Muslim.

Tetapi selepas saya belajar tentang Islam itu sendiri, bagaimana sepatutnya seseorang Muslim itu, kelakuan-kelakuan buruk orang Islam itu bukan ajaran islam sama sekali. Saya dapati agama ini mengajar kelakuan dan nilai yang mulia…kepercayaan yang terbaik yang boleh dimiliki oleh seseorang. Tetapi apabila kita lihat kepada amalan praktikal, kita melihat sebahagian muslim di Negara ini tidak mengikuti ajaran agama ini, manakala sebahagian yang lain pula mengikuti cara hidup yang lain dari apa yang telah diajar oleh agama ini untuk diikuti.

Selepas itu, bila saya mengkaji dengan lebih mendalam, membuat perbandingan antara Quran dan juga bible, mendalami sejarah dunia, bagaimana agama Kristian berkembang sehingga menjadi seperti yang ada pada hari ini, sejarah Islam, bagaimana ia diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W, kehidupan beliau sebagai seorang rasul yang menyampaikan mesej Islam, pembinaan Negara yang hebat dan penuh dengan kelebihan, saya akhirnya membuat keputusan untuk menganut agama Islam.

Muqaddimah Tentang Islam

Islam merupakan satu fenomena yang sama sekali tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Dalam satu statistik yang dikumpulkan dari tahun 1934 hingga tahun 1994, Islam adalah agama yang paling pesat perkembangannya, terus berkembang hingga ke hari ini, dengan perkembangan sebanyak 235% berbanding dengan pertambahan populasi penduduk dunia. Islam terus-menerus berkembang walau dalam keadaan tekanan hebat yang dihadapi oleh umat Islam, terutama selepas peristiwa 11 September 2001. Dengan begitu pun, Islam masih berkembang sebagai satu fenomena.

Jadi, apa sebenarnya hakikat sebenar agama ini yang menarik perhatian manusia dari barat, timur dan seluruh dunia ini? Agama ini merupakan satu agama yang berkisar kepada Tuhan, Allah Yang Maha Besar. Agama ini mengajar hakikat sebenar tentang alam ini…bahawa alam ini dan segala isinya dicipta oleh Tuhan yang maha Besar. Tuhan yang dikenali oleh orang Arab dengan nama Allah ini ialah Tuhan yang sama disembah dalam agama Kristian dan Yahudi dan semua yang menyembah kepada Allah Yang Maha Esa.

Allah Yang Maha Besar dalam agama ini juga merupakan Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani…Tuhan yang menjadikan setiap sesuatu, menciptakan manusia bebas dari sebarang dosa dan kesalahan. Tuhan ini telah mencipta alam ini dan manusia di dalamnya, serta memberikan panduan agar mereka dapat mencariNya, dapat kembali kepadaNya, mudah-mudahan dengan itu manusia dapat mendapatkan ketenangan hidup.

Agama ini tidak mengajar Allah sebagai Tuhan yang tidak mengampunkan dosa yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu dalam agama ini. Maka agama ini adalah agama yang semulajadi, agama fitrah yang selaras dan sesuai dengan ciptaan alam ini, kerana agama ini datangnya dari Tuhan yang Maha Besar.

*InsyaAllah, akan  bersambung di Part 2

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: