An Introduction to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester Part 2: The Six Articles of Faith

This is an introduction & invitation to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, a Sabahan Malaysian ex-christian who converted to Islam in the USA.

In this second part, Ustaz Nicholas talks about the six Articles of Faith in Islam.

*Terjemahan oleh Sdr. Azwan

6 Rukun Iman

1.Beriman kepada Allah

Agama ini mengajar kita bahawa di sana terdapat 6 rukun keimanan. Rukun yang pertama ialah menyembah Allah Yang Maha Esa, mempercayai dan beriman bahawa Allah bukan sahaja mencipta alam dan dunia ini, malahan berkuasa penuh di atas segala yang berlaku. Dalam salah satu ayat dari Al-Quran, disebutkan bahawa Tuhan ini adalah Tuhan yang Maha Menyedari dan Maha Mengetahui walaupun dalam hal sehelai daun yang jatuh dalam hutan yang sangat tebal. Dia mengetahui apa yang terkandung dalam hati seseorang itu, Dia amat dekat dengan manusia itu sendiri, dalam satu lagi ayat Al-Quran menyebut, Kami lebih dekat dengan kamu (yakni manusia) dari urat leher kamu.

Allah yang Maha Besar ini juga dikenali dengan 99 sifat yang lain, sebagai contoh Dia adalah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Maha Pengampun, Maha Berkuasa dan sebagainya.

2. Beriman dengan Kitab.

Rukun Islam yang kedua ialah mempercayai dan beriman kepada kitab2 yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Besar kepada manusia. Tuhan Yang Maha Besar tidak membiarkan manusia tanpa sebarang panduan, sebaliknya menurunkan wahyu dan kitab-kitabNya kepada para rasul. Tuhan yang Maha Besar telah menurunkan wahyu dalam kitab-kitabNya kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Isa, dan seterusnya Nabi Muhammad S.A.W.

Semua wahyu yang tersebut ini, kecuali Al-Quran yang suci sudah tidak lagi dilindungi kerana kitab-kitab sudah melepasi had tempohnya. Al-Quran yang suci sebagai panduan kepada manusia sehingga ke akhir kehidupan ini merupakan satu-satunya wahyu atau kitab yang diturunkan dan dilindungi sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W (tanpa sebarang perubahan) sehingga ke hari ini. Panduan ini mencakupi seluruh ruang dalam kehidupan ini, Al-Quran memberikan petunjuk dalam segala aspek dalam kehidupan orang-orang yang beriman.

3. Beriman kepada Rasul.

Rukun Iman yang ketiga ialah beriman kepada para Rasul. Tuhan yang Maha Besar amat Mengasihani manusia sehingga Dia tidak membiarkan mereka tanpa sebarang pedoman. Dia mengutuskan para rasul supaya manusia mendapat petunjuk dalam kehidupan ini dengan mengikuti contoh teladan para rasul ini.

Kesemua rasul ini berkongsi 4 persamaan sifat, yang pertamanya kesemua mereka ini mempunyai sifat menyampaikan kebenaran, para rasul menyampaikan kepada manusia mesej yang benar. Sifat yang kedua ialah para rasul bersifat tabligh atau menyampaikan, memberitahu dan berkomunikasi dengan manusia tentang mesej yang diturunkan oleh Tuhan Yang maha Besar. Sifat yang ketiga pula ialah para rasul ialah mereka yang amanah dan jujur, mereka bukannya manusia yang menipu dan tidak boleh dipercayai. Para rasul dikenali dalam kehidupan mereka sebagai orang yang dapat dipercayai. Manakala sifat terakhir yang dimiliki para rasul ialah fatanah atau kebijaksanaan. Mereka bukannya orang yang biasa tetapi mempunyai daya intelek dan bijak yang menjadikan mereka istimewa berbanding manusia lain, serta dapat diikuti dan dicontohi sebagai model teladan. Jadi bila kita melihat para rasul dari Adam, Ibrahim, Musa, Daud, Sulaiman, Isa dan Muhammad S.A.W, kesemua mereka mempunyai keempat ciri-ciri ini.

4. Beriman kepada Malaikat

Rukun yang seterusnya ialah mempercayai akan malaikat. Para malaikat yang diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Besar ini begitu ramai sekali. Mereka diciptakan untuk mengikuti perintahNya, untuk mentaati dan menyembahNya. Para malaikat ini dijadikan dari cahaya, sememangnya ada perubahan dalam kejadian mereka, seperti manusia yang dijadikan dari tanah tetapi sekarang tidak lagi nampak menyerupai tanah. Para malaikat ini diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Besar bagi menunjukkan betapa berkuasanya Dia. Penciptaan malaikat menunjukkan Dia mempunyai begitu ramai hamba yang taat dan beribadah kepadaNya.

5. Beriman kepada Hari Akhirat

Rukun Iman yang kelima ialah mempercayai akan kewujudan Hari Akhirat, iaitu dunia ini akan sampai kepada pengakhirannya. Segala yang bernyawa akan mati, dan seterusnya akan berjumpa dengan Tuhan Yang Maha Besar pada Hari Akhirat nanti. Kita juga mempercayai bahawa terdapat tanda-tanda yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Besar, seperti mana yang telah diberitakan dalam Al-Quran dan juga Hadith atau kata-kata Rasulullah S.A.W. Di sana terdapat banyak tanda yang menunjukkan kedatangan Hari Akhirat, sebahagiannya telah melalui kita, sebahagian yang lain dapat kita lihat terjadi hari ini, manakala sebahagian yang lain pula akan kelihatan pada masa hadapan. Tanda-tanda kedatangan Hari Akhirat ini meliputi tanda yang kecil dan juga tanda yang besar.

6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Rukun Iman yang terakhir ialah mengimani Qada’ dan Qadar yakni mempercayai bahawa segala yang berlaku sama ada perkara yang baik atau perkara yang buruk datangnya dari Tuhan Yang Maha Besar. Kepercayaan ini menjadikan kita meyakini bahawa semua perkara yang berlaku dalam kehidupan ini sebenarnya mempunyai hikmah di sebaliknya, segala kejadian yang berlaku kepada kita mempunyai sebabnya, dan kita mempercayai bahawa semua ini merupakan ujian kepada kita. Pada akhirnya, sekiranya kita melalui semua ini dengan jayanya, dengan kekal dalam keimanan kepada Tuhan Yang Maha Besar serta berusaha sedaya upaya dalam mentaati ajaranNya, kita akan berjaya melepasi ujian ini. Segala kejadian yang pada zahirnya kelihatan buruk merupakan ujian yang akhirnya akan berlalu, yang mana sekiranya kita menghadapinya dengan penuh keimanan, kita akan beroleh kejayaan pada akhirnya.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: