Introduction to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah Part 3: The Outcomes of The Six Articles of Faith in Islam

This is an introduction & invitation to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, a Sabahan Malaysian ex-christian who converted to Islam in the USA.

In this third part, Ustaz Nicholas talks about the outcomes of the six Articles of Faith in Islam.

Terjemahan BM oleh Sdr. Azwan:

Kesan Beriman kepada Rukun Iman

Di sana terdapat terlalu banyak manfaat yang diperoleh apabila seseorang itu beriman dengan keenam-enam rukun iman ini. Dalam kehidupan, seseorang yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhannya yang dia sedang berterusan diuji dan pada akhirnya akan menemuiNya, orang ini akan mempunyai teras atau kekuatan dalaman yang amat kuat yang dapat melindunginya dari perkara-perkara yang tidak patut dilakukan, dan dapat dijadikan bekalan dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan ini.

Seseorang yang beriman kepada Tuhan Yang Maha Kuat, yang berkuasa ke atas segalanya akan kurang pergantungan kepada dirinya sendiri. Dia tidak akan banyak terkesan dengan segala cabaran yang menimpanya. Orang ini akan melalui segala ujian dengan berusaha melakukan yang terbaik kerana dia mengetahui dalam penyembahannya kepada Tuhan Yang Maha Besar, dia sentiasa diperhatkanNya. Dia akan berusaha untuk mencapai kehidupan yang berlandaskan ketaqwaan, di mana dia akan sentiasa cuba untuk merealisasikan sepenuhnya potensinya dalam kehidupan ini. Dia mempercayai segala cabaran itu akan datang dan pergi, sebagaimana hakikat kehidupan ini.

Dia akan kekal bersabar dengan kekuatan pegangannya, dan dia akan meneruskan kehidupan dalam misi menjadi khalifah Tuhan di muka bumi ini. Dia akan menjadi orang yang sangat produktif, orang yang tahu yang dia mempunyai tujuan dan matlamat dalam kehidupan ini dan dengan itu sebagai khalifah Tuhan, dia akan menjalani kehidupan ini tanpa mendatangkan mudharat kepada manusia lain atau kepada persekitarannya. Dia akan melalui kehidupan ini dengan penuh keimanan dan kepercayaan yang kuat. Dia tidak akan membiarkan sesuatu menjadi penghalang antara dia dan kejayaan dalam tugas yang telah digariskan dan diarahkan dalam kehidupan oleh Tuhan Yang Maha Besar.

Dia akan melalui kehidupan ini sebagai seseorang yang bertanggungjawab, seseorang yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas tindakannya di akhirat nanti. Maka dia akan mendepani kehidupan ini dengan penuh kecintaan dan kasih sayang terhadap manusia dan ciptaan yang lain serta persekitaran yang disediakan oleh Tuhan Yang Maha Besar untuk dia mengharungi kehidupan ini.

  1. #1 by Nurul Mu'azzah Roalli on 17/01/2011 - 5:00 am

    salam, ustaz. saya dalam perancangan untuk menjemput ustaz menyampaikan talk di Universiti Sains Islam Malaysia. boleh saya dapoatkan alamat surat menyurat dan no faks untuk mengirim surat jemputan. Cadangan program pada 12Februari 2011. Perhatian ustaz sangat dihargai dan jutaan terima kasih.

    • #2 by jomislam on 18/01/2011 - 9:05 am

      W’salam. Ustaz Nicholas adalah salah seorang mentor kepada pengendali blog ini, bukan pengendali blog ini. Berkenaan permintaan pihak sdri, sila rujuk email. Terimakasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: