Jika Gadis Ini Boleh, Apa Yang Menghalang Anda?

Dipetik dari http://therockinghijab.blogspot.com/

Drama kehidupan seorang muallaf?

 

Suatu ketika dahulu,

Sedang dia bersolat, tiba-tiba pintu biliknya diketuk bertalu-talu. “Sandy, what’s taking you so long?” Peluh merenik di dahi. Terus saja dia campakkan selimut dan kain batik ke dalam almari. “Coming!” Selesai membantu ibu di dapur, Farah kembali ke bilik, menyambung urusan yang belum selesai.

“Allahuakbar…”

Bercucuran air mata saat melafazkan bait “Hanya kepada Engkaulah aku menyembah dan kepada Engkaulah aku memohon pertolongan…”

Selesai bersolat, pasti dia akan menangis. ‘Sampai bila Ya ALLAH, sampai bila harus aku rahsiakan perkara ini?’

Itulah rutinnya setiap hari, setiap malam menangis kerana dilemma antara keluarga dan agama, setiap hari menjeruk rasa kerana tidak dapat menutup aurat secara sempurna.

Itu suatu ketika dahulu.  [http://therockinghijab.blogspot.com/2009/11/what-it-like.html]

Setahun kemudian,

Farah akhirnya diberi kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya. Akhirnya. Mula-mula ‘mummy’nya. Setelah itu ‘daddy’nya.

[mummy >> http://therockinghijab.blogspot.com/2010/09/mummy.html]

[daddy >> http://therockinghijab.blogspot.com/2010/09/my-dad-turn.html]

Hajatnya untuk memberitahu perkara sebenar pada kedua ibu bapanya akhirnya terlunas juga. Setelah setahun hidup dalam kerahsiaan, akhirnya perkara sebenar terluah juga. Farah menyangkakan mungkin dia akan mendapat kesudahan dalam kesedihannya namun ujian ALLAH tidak akan pernah selesai selagi bernyawa. Sejak peristiwa itu, emosi Farah semakin tidak stabil. Dia akhirnya menjadi semakin lemah jiwa, tidak lagi sekuat dahulu dan kini, Farah amat merindukan semangat juang yang pernah dia alami suatu ketika dahulu.

Kini, amat mudah sekali untuknya berasa lemah, dan dia cukup tidak menyukai perasaan itu. Sehingga kini juga, ayahnya masih tidak berhubung dengannya, meskipun Farah ada mencuba untuk mencantumkan kembali silaturrahim yang telah retak.

Sekarang, Farah telah belajar untuk hidup demi masa sekarang, dan meneruskan kehidupan biarpun hidup sebatang kara di Kelantan. Dia kini ibarat seorang yang yatim. Kesedihan kerap singgah dalam hatinya, biarpun dia cuba menepis perasaan itu agar dia boleh bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan padaNya, iaitu hidayah.

Babak-babak di atas bukanlah kisah yang diciplak daripada cerekarama di TV 3, bukan kisah fantasi.

Kisah ini adalah kisah saya.

Ya, saya.

Kadang-kadang, jiwa ini rasa lemah namun al-Quran menjadi pengubat di saat hati sedang berduka. Kadang-kadang, jiwa ingin berputus asa namun ALLAH menjadi punca kekuatannya. Kadang-kadang, terasa ingin lari dari segala-galanya, namun cepat-cepat berpijak di bumi yang nyata.

Segalanya untuk apa?

Untuk apa aku korbankan semua ini?

Memeluk Islam pada usia 18 tahun.

Masih mentah, masih belum betul faham erti kehidupan.

Untuk apa aku mengejar agama ini?

Kerana aku yakin ALLAH itu pasti, dan kerana aku yakin Islam itu paksi kehidupan.

Kerana aku yakin, aku tidak dapat hidup tanpa Islam.

Semuanya bermula dari keyakinan, dan berakhir dengan kalimah syahadah terlafaz di lidah.

Kerana lafaz “Aku bersaksi bahawa ALLAH itu Tuhanku dan Muhammad itu pesuruh ALLAH.” itu bukan sekadar lafaz, namun ikrarku untuk diri sendiri, untuk hidup dalam kebenaran dan hidup untuk kebenaran.

Aku ingin jadi orang beriman.

Yang beriman bukan sekadar tampak pada kelabuhan tudungnya,

Bukan sekadar nampak pada ibadah yang dilakukan,

Tetapi aku ingin menjadi seorang yang kekal beriman biarpun berkali-kali diasak untuk meninggalkan iman itu sendiri.

Hanya ALLAH sebagai pembantu, dan aku pasti, jika ALLAH yang membantu, tiada siapa yang dapat menghalang.

You are strong Farah! Believe it!

The Kite Runner, Teluk Chempedak, Pahang, 2011

After all, you’ve made it this far. So what’s stopping you for Jannah?

*Jannah = Syurga@Heaven
  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: