Masuk Islam Bukan Masuk Melayu

Dipetik dari http://www.fikrahislam.com/

“Eh, kami di sini semua bukan Melayu, yang diaorang ni Aceh, yang ni Sabahan, yang ni pula Cina, dan seorang saja yang Melayu” Sambil menuding jari tepat ke arah saya.

“Ha ha ha ha…. ” Semua ketawa, meriah.

“Nampak sebiji macam orang Melayu, langsung tak nampak macam orang Cina” Selalu dia akan memberi kritikan seperti ini.

“Ya lah, saya bukan Cina tulen, mak saya kan Murut, tu yang nampak macam melayu sikit… hahaha…” Selalunya saya akan menjawab begini.

Selepas itu, dia akan jawab, “Mata je nampak sepet”

Ataupun kalau anda menerima surat jemputan ke mana-mana program anda akan melihat satu frasa pada bahagian yang berkaitan dengan Tema Pakaian. di sana akan tertera “Baju Melayu Lengkap”

Maknanya anda perlu memakai baju melayu, songkok, sampin dan kasut hitam, ataupun sandle. Kalau ingin tahu, dahulu saya memang tidak pandai memakai sampin, perkara yang paling saya risaukan ialah sampin itu akan longgar dan jatuh ketika saya berjalan-jalan di khalayak ramai. Namun, akibat daripada tuntutan majlis dan program oleh pihak penganjur, alhamdulillah, saya sudah pandai memakainya. hehehe…..

Baiklah, apakah apabila anda masuk islam anda akan menjadi melayu? Di semenanjung yang sinonim dengan Melayu ialah mereka yang menganut ajaran agama Islam. Dalam kempen-kempen pemimpin Melayu selalunya akan merentangkan slogan seperti ini untuk meraih sokongan daripada bangsa melayu:

“Umat Melayu Islam mesti bersatu”

“Jaga kepentingan Melayu dan Islam”

“Marilah bersatu demi Melayu dan Islam”

“Penting untuk Melayu dan Islam”

Persoalannya, kalau anda Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak memeluk Islam, apakah anda perlu untuk berjuang pada bangsa Melayu, dan hidup dengan budaya orang Melayu?

Apakah perlu anda bersetuju dengan perjuangan mereka setelah anda memeluk Islam?

Saya pernah ditanya oleh ahli keluarga mengenai perkara ini. Ketika itu kami sedang berbual dengan meriah di ruang tamu rumah kediaman.

Abang saya mewujudkan persoalan “Kamu kan sudah jadi Melayu…. ”

Saya tersentak seketika apabila dia berkata begitu. Kemudian saya menjawab begini:

“Sejak bila pula saya jadi orang Melayu? Saya tetap berketurunan Cina Murut, saya tetap daripada keluarga ini, bagaimana pula saya boleh jadi Melayu?”

Semua yang ada di ruang tamu itu senyap, kakak, abang, adik,dan ibu saya juga ada pada itu.

Saya menyambung,

“Kalau begitu macam mana pula saudara kita yang lain menganut agama kristian? Mereka tetap orang Murut, tapi beragama kristian, bangsa adalah bangsa, agama tidak sama dengan bangsa”

Sejak daripada penjelasan itu, ia menyebabkan saya lega sehinggalah pada hari ini. Perkara yang menjadi persoalan pada hari ini, apabila seorang itu memeluk agama selain daripada Islam, seperti menganut agama kristian, pihak keluarga tidak akan menghalangnya, tetapi mengapakah apabila seorang yang ingin menganut Islam, dia perlu untuk menghadapi pelbagai tekanan daripada pihak keluarga?

Antaranya ialah adalah masalah seperti ini. Semoga niat anda akan terus kukuh, untuk menjadi hamba Allah yang sejati.

Apabila anda memperjuangkan agama Islam, bermakna anda memperjuangkan semua bangsa dan keturunan.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Al-Quran 49:13

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: