Masjid Beijing di Kelantan

Info video: Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi melawat Masjid Beijing di Rantau Panjang, Kelantan.

Masjid yang unik lambang kesyumulan Islam yang merentasi sempadan bangsa dan budaya. Jika ke kompleks bebas cukai Rantau Panjang, pasti sahaja anda akan terlihat sebuah masjid yang reka bentuk-bentuknya seolah-olah rumah ibadat penganut Budha. Itulah MASJID BEIJING , bukti Islam adalah agama untuk semua kerana ciri-cirinya yang bersifat sejagat atau universal.

Koleksi gambar dari raykinzoku.fotopages.com mengenai keindahan senibina “Masjid Beijing”atau “Masjid China”, panggilan masyarakat tempatan kerana rekabentuknya di pengaruhi oleh senibina masjid di China.

MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA

MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA  MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA

Sumber gambar dari : raykinzoku.fotopages.com

Petikan tulisan (dengan sedikit editing)di bawah dipetik dari – aremaf2u.blogspot.com

Antara Masjid dan Kuil

“Eh bangunan apa ni? Nak kata kuil bukan macam kuil, bangunan pejabat kebudayaan ke?macam masjid pun bukan…” semestinya persoalan yang seakan begitulah akan bermain di fikiran pengguna jalan raya yang menuju ke Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan apabila melintasi sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan ni tepi jalan utama menuju ke Pekan Rantau Panjang.
Masjid Cina ataupun Masjid Cina, itulah nama jolokan yang diberikan oleh penduduk setempat kepada Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang  telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masjid tersebut yang diilhamkan sendiri oleh Tuan Guru.

Masjid ini menggabungkan seni budaya cina dan Thailand yang menjadi simbol perpaduan masyarakat Kelantan yang melangkaui batas bangsa. Apa yang menariknya masjid tersebut diurus sepenuhnya oleh kaum cina muslim dari imamnya hinggalah ke ajk-ajknya. Inilah hikmah disebalik pembinaan masjid yang bagi saya cukup unik apatah lagi apabila masjid tersebut dibina di negeri Kelantan yang majoriti penduduknya adalah Melayu. Tuan Guru sendiri semasa majlis perasmian masjid tersebut menjadi makmum yang umumnya mengetahui mana-mana kunjungan Tuan Guru ke masjid-masjid beliau akan menjadi imam.

Saya sendiri juga sempat menunaikan solat Isyak dan solat sunat aidilfitri di masjid berkenaan sempena cuti hari raya yang lalu. Suasana menunaikan solat di Masjid Jubli Perak amat meriah sekali pada hari raya yang lalu. Manakan tidak, anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang ke kampung di sekitar Rantau Panjang mengambil kesempatan untuk menunaikan solat di masjid berkenaan walaupun terpaksa solat beralaskan tikar kerana jemaah yang terlalu ramai ditambah pula pembinaan yang masih belum siap sepenuhnya. Paling best, selepas solat sunat aidilfitri, diadakan juga jamuan hari raya diperkarangan kawasan masjid berlatarkan suara latar oleh tok imam masjid berkenaan (cakap pelat cina Kelantan..hehehehe) yang bertindak sebagai DJ.

Video dari http://www.youtube.com/user/myKelantanTV

 

  1. #1 by mohd nosdin bin abdul on 12/04/2013 - 7:56 am

    saya hendak nombor contact masjid ni,(akan buat penggambaran) atau hp imam atau hp AJK…tq semoga ALLAH akan membalasnya…aaminnnnn

    • #2 by jomislam on 10/05/2013 - 4:27 pm

      Ada sesiapa yang tau? Mohon maklumkan. Terimakasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: