Korea: Catatan Kembara Mencari Tuhan

Salam. Sebenarnya tulisan & gambar-gambar ini bukan baru, tapi kerana kesibukan & khilaf admin sendiri, maka agak lewat ia disiarkan di sini. Di sini saya ingin memohon maaf kepada penulisnya di suratcintarabiah.blogspot kerana lewat menyiarkannya di sini walaupun telah lama diberikan keizinan.  Apapun, kami kira kebenaran itu tidak pernah ada due datenya selagi masih bernyawa. Bacalah dengan hati yang terbuka. Moga beroleh sesuatu.

Catatan Kembara Mencari Ilah – Salam Nuri

Bismillah. Assalamu’alaikum wbt.
.
Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin, segala puji bagi Allah subhana wa ta’ala yang selalu sudi melimpahkan rahmat dan kurniaNya kepada saya selama ini. Semalam, Sabtu, 7 April 2012, saya telah diberikan peluang olehNya untuk menghadiri sebuah program yang dianjurkan oleh ahli komuniti Seoul Central Masjid hasil gabungan dengan para aktivis dakwah yang berasal dari banyak negara seperti Turki, US, Pakistan, Bangladesh, Malaysia, dan lain-lain lagi.
.
 *Diambil dari FB Salam Nuri.
.
Salam Nuri adalah sebuah program yang bertujuan untuk memperkenalkan serta menyampaikan syi’ar Islam kepada semua lapisan masyarakat, terutama sekali kepada yang bukan Islam di Korea. Setakat ini, masyarakat Korea tidaklah begitu ramai yang telah memeluk Islam. MasyaAllah! Semoga Allah membalas yang terbaik buat mereka semua.
Tentatif perjalanan program Salam Nuri.
.
Sebenarnya saya sampai agak lewat juga, kira-kira pukul 12 tengahari kerana perjalanan dari tempat tinggal saya ke masjid memakan masa kira-kira dua jam perjalanan. Jadi, saya telah terlepas sesi pertama yang telah dikendalikan oleh adik Syaqifah (pelajar Malaysia) dan adik Isra (Korea). Selepas selesai aktiviti solat dan makan tengahari, program diteruskan dengan sesi ‘rehlah minda’ iaitu menjawab kuiz.
 *Diambil dari FB Salam Nuri.
.
Selepas itu, program diteruskan pula dengan sesi bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada saudara Ahmed. Beliau membaca beberapa ayat daripada surah al-Isra’ yang  membincangkan tentang isu tauhid, berbuat baik kepada ibu bapa, pengurusan harta, larangan mendekati zina, dan lain-lain lagi.
.
Selesai sesi tilawah, kami disajikan dengan acara kemuncak yang bertajuk ‘A Dialogue between a Muslim by birth and a Muslim convert.’ Bagi saya, sesi ini merupakan sebuah sesi yang amat mengujakan saya kerana saya dapat mengetahui pengalaman seorang lelaki Korea yang telah memeluk Islam.
Saudara Mekaal dari Pakistan (kiri) dan saudara Dawood dari Korea (kanan).
.
Sebenarnya sesi ini lebih banyak dikendalikan dalam bahasa Korea. Memandangkan saya tidak memahami bahasa Korea, jadi saya hanya bergantung kepada slide presentation. Alhamdulillah, adik Fatihah (pelajar Malaysia) yang duduk di sebelah saya juga banyak membantu dengan menjadi translator tak bertauliah saya. Terima kasih, dik! ;DDD
.
Saudara Mekaal memulakan sesi dengan menceritakan tentang pertemuan pertama beliau dengan saudara Dawood. Saya tidak pasti bagaimana, kerana agak ‘lost’ di situ kerana kekangan bahasa, namun beliau mengatakan yang tahap curiousity beliau terhadap saudara Dawood sangat tinggi apabila menyedari yang saudara Dawood telah memeluk Islam. Lebih-lebih lagi kerana saudara Dawood berambut ‘blonde’!
.
.
Saudara Dawood menceritakan, sebenarnya kali pertama beliau tertarik dengan Islam adalah sewaktu beliau ke Turki. Di sana, beliau telah melihat bagaimana orang-orang Islam solat dan mengamalkan cara hidup Islam. Dan yang paling menarik perhatian beliau adalah, mereka hidup aman damai dan sentiasa tenang.
.
Selepas beliau pulang semula ke Korea, tahap curiosity beliau terhadap Islam mula bertambah kerana beliau merasakan hidup beliau sangat ‘meaningless’. Beliau mula menyiasat tentang Islam dan membuat perbandingan dengan agama-agama yang lain juga. Dan akhirnya, beliau membuat keputusan untuk kembali semula kepada Islam!! Hebat, kan?
Selepas itu, saudara Mekaal meneruskan persoalan dengan bertanya tentang reaksi kedua ibu dan bapa saudara Dawood apabila mengetahui yang beliau telahpun memeluk Islam. Dalam gaya berlawak, beliau menceritakan yang beliau berkali-kali cuba memberitahu ibunya yang beliau telahpun menerima Islam. Reaksi ibunya, “Yalah, yalah, suka hati kaulah”, kerana pada waktu itu ibunya masih lagi tidak sedar yang Islam itu apa.
.
Namun, setelah ibu beliau sedar yang beliau telah menukar agama, ibunya yang kuat berpegang kepada Kristian merasa sangat marah. Tetapi, bapa beliau menyerahkan kepada beliau untuk menentukan sendiri jalan hidupnya, jika itulah yang beliau mahu lakukan.
.
.
Beliau juga menceritakan pada mulanya, agak susah bagi beliau untuk solat pada waktunya dan juga untuk menghafal bacaan-bacaan dalam bahasa Arab. Saya amat maklum tentang ini kerana lidah Korea memang sangat keras! Bercakap bahasa Inggeris yang sebutannya lebih senangpun tunggang-langgang, apatah lagi pula bahasa Arab! Juga, beliau sekarang lebih berhati-hati di dalam memilih makanan kerana makanan Korea banyak yang mengandungi unsur-unsur babi.
.

Seterusnya, saudara Dawood pula bertanya kepada saudara Mekaal apakah beliau juga mengalami kesusahan dalam mencari makanan halal? Saudara Mekaal menjelaskan yang beliau juga mengalami hal yang sama. Jadi jika hendak makan, beliau selalunya akan bersama dengan kawan-kawan Islamnya yang lain. Setelah itu, saudara Mekaal kembali bertanya kepada saudara Dawood kenapa orang Korea sangat suka minum arak.

Dalam hal ini, memang saya sendiripun pelik. Kerana di tempat kerja saya sendiripun, ramai orang Korea yang kaki botol. Sampaikan, kalau sehari tak pekena arak, memang tak sah! Dan yang paling saya benci sekali ialah apabila melihat ‘muntah’ mereka di merata-rata tempat.
.
Urgh serius, saya tidak tahulah kenapa dahulu saya sangat sukakan K-Pop padahal budaya mereka sangat buruk sebenarnya. Mungkinlah bukan semuanya merupakan kaki botol, namun tidak ada orang Korea yang tidak suka minum arak. Tetapi, saya tidaklah membenci orang-orang Korea, cuma, saya membenci perbuatan mereka yang suka minum arak itu sahaja.
.
Mengenai hal ini, saudara Dawood menjawab, memang orang Korea sangat sukakan arak, dan selalunya mereka minum untuk menghilangkan stres. Namun kata beliau, setelah mabuknya hilang, stres itu akan datang semula. Jadi, seperti tidak ada maknanyalah juga perbuatan minum arak itu.
.
Bahkan beliau sendiri juga dahulu adalah merupakan seorang kaki botol. Beliau menceritakan yang beliau pernah mabuk sampai tahap tidak ingat lagi jalan pulang ke rumahnya sendiri. Amat melucukan! Dan pada mulanya, beliau sangat susah hendak meninggalkan habit minum araknya. Namun, lama kelamaan, beliau dapat juga meninggalkannya. Alhamdulillah. :)))
.
Dan tambah beliau lagi, beliau telah menemukan jalan kedamaian dan ketenangan dengan hanya melakukan solat!!
.
Daripada kisah beliau ini, saya dapat mengambil pelajaran tentang bagaimana nekadnya seorang manusia dalam meninggalkan jahiliyyahnya hanya kerana ingin mencari redha Allah. Jahiliyyah yang ditinggalkannya pula, bukanlah calang-calang, bahkan ia adalah sesuatu yang telahpun menjadi darah dan dagingnya sendiri! Subhanallah. Muslim revert stories, so far they never failed to impress me!!
.
Kita sendiri, yang telah dikurniakan Allah dengan Islam sejak lahir dengan percuma ini, bagaimana pula? Apakah kita masih sayangkan jahiliyyah-jahiliyyah kita berbanding dengan Allah? Jika begitu, kita lebih teruk daripada saudara Dawood yang berambut blonde. Astaghfirullah!! Itukah kita??
.
Hmm, jadi sama-samalah kita muhasabah diri kita semula. Sama-sama juga kita memohon kepada Allah agar menguatkan hati kita untuk meninggalkan terus kesemua jahiliyyah kita buat selama-lamanya sepertimana yang telah dilakukan oleh saudara Dawood, InsyaAllah!
  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: