Archive for category Ustaz Nicholas Sylvester

Introduction to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah Part 3: The Outcomes of The Six Articles of Faith in Islam

This is an introduction & invitation to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, a Sabahan Malaysian ex-christian who converted to Islam in the USA.

In this third part, Ustaz Nicholas talks about the outcomes of the six Articles of Faith in Islam.

Terjemahan BM oleh Sdr. Azwan:

Kesan Beriman kepada Rukun Iman

Di sana terdapat terlalu banyak manfaat yang diperoleh apabila seseorang itu beriman dengan keenam-enam rukun iman ini. Dalam kehidupan, seseorang yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhannya yang dia sedang berterusan diuji dan pada akhirnya akan menemuiNya, orang ini akan mempunyai teras atau kekuatan dalaman yang amat kuat yang dapat melindunginya dari perkara-perkara yang tidak patut dilakukan, dan dapat dijadikan bekalan dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan ini.

Seseorang yang beriman kepada Tuhan Yang Maha Kuat, yang berkuasa ke atas segalanya akan kurang pergantungan kepada dirinya sendiri. Dia tidak akan banyak terkesan dengan segala cabaran yang menimpanya. Orang ini akan melalui segala ujian dengan berusaha melakukan yang terbaik kerana dia mengetahui dalam penyembahannya kepada Tuhan Yang Maha Besar, dia sentiasa diperhatkanNya. Dia akan berusaha untuk mencapai kehidupan yang berlandaskan ketaqwaan, di mana dia akan sentiasa cuba untuk merealisasikan sepenuhnya potensinya dalam kehidupan ini. Dia mempercayai segala cabaran itu akan datang dan pergi, sebagaimana hakikat kehidupan ini.

Dia akan kekal bersabar dengan kekuatan pegangannya, dan dia akan meneruskan kehidupan dalam misi menjadi khalifah Tuhan di muka bumi ini. Dia akan menjadi orang yang sangat produktif, orang yang tahu yang dia mempunyai tujuan dan matlamat dalam kehidupan ini dan dengan itu sebagai khalifah Tuhan, dia akan menjalani kehidupan ini tanpa mendatangkan mudharat kepada manusia lain atau kepada persekitarannya. Dia akan melalui kehidupan ini dengan penuh keimanan dan kepercayaan yang kuat. Dia tidak akan membiarkan sesuatu menjadi penghalang antara dia dan kejayaan dalam tugas yang telah digariskan dan diarahkan dalam kehidupan oleh Tuhan Yang Maha Besar.

Dia akan melalui kehidupan ini sebagai seseorang yang bertanggungjawab, seseorang yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas tindakannya di akhirat nanti. Maka dia akan mendepani kehidupan ini dengan penuh kecintaan dan kasih sayang terhadap manusia dan ciptaan yang lain serta persekitaran yang disediakan oleh Tuhan Yang Maha Besar untuk dia mengharungi kehidupan ini.

Advertisements

2 Comments

An Introduction to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester Part 2: The Six Articles of Faith

This is an introduction & invitation to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, a Sabahan Malaysian ex-christian who converted to Islam in the USA.

In this second part, Ustaz Nicholas talks about the six Articles of Faith in Islam.

*Terjemahan oleh Sdr. Azwan

6 Rukun Iman

1.Beriman kepada Allah

Agama ini mengajar kita bahawa di sana terdapat 6 rukun keimanan. Rukun yang pertama ialah menyembah Allah Yang Maha Esa, mempercayai dan beriman bahawa Allah bukan sahaja mencipta alam dan dunia ini, malahan berkuasa penuh di atas segala yang berlaku. Dalam salah satu ayat dari Al-Quran, disebutkan bahawa Tuhan ini adalah Tuhan yang Maha Menyedari dan Maha Mengetahui walaupun dalam hal sehelai daun yang jatuh dalam hutan yang sangat tebal. Dia mengetahui apa yang terkandung dalam hati seseorang itu, Dia amat dekat dengan manusia itu sendiri, dalam satu lagi ayat Al-Quran menyebut, Kami lebih dekat dengan kamu (yakni manusia) dari urat leher kamu.

Allah yang Maha Besar ini juga dikenali dengan 99 sifat yang lain, sebagai contoh Dia adalah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Maha Pengampun, Maha Berkuasa dan sebagainya.

2. Beriman dengan Kitab.

Rukun Islam yang kedua ialah mempercayai dan beriman kepada kitab2 yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Besar kepada manusia. Tuhan Yang Maha Besar tidak membiarkan manusia tanpa sebarang panduan, sebaliknya menurunkan wahyu dan kitab-kitabNya kepada para rasul. Tuhan yang Maha Besar telah menurunkan wahyu dalam kitab-kitabNya kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Isa, dan seterusnya Nabi Muhammad S.A.W.

Semua wahyu yang tersebut ini, kecuali Al-Quran yang suci sudah tidak lagi dilindungi kerana kitab-kitab sudah melepasi had tempohnya. Al-Quran yang suci sebagai panduan kepada manusia sehingga ke akhir kehidupan ini merupakan satu-satunya wahyu atau kitab yang diturunkan dan dilindungi sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W (tanpa sebarang perubahan) sehingga ke hari ini. Panduan ini mencakupi seluruh ruang dalam kehidupan ini, Al-Quran memberikan petunjuk dalam segala aspek dalam kehidupan orang-orang yang beriman.

3. Beriman kepada Rasul.

Rukun Iman yang ketiga ialah beriman kepada para Rasul. Tuhan yang Maha Besar amat Mengasihani manusia sehingga Dia tidak membiarkan mereka tanpa sebarang pedoman. Dia mengutuskan para rasul supaya manusia mendapat petunjuk dalam kehidupan ini dengan mengikuti contoh teladan para rasul ini.

Kesemua rasul ini berkongsi 4 persamaan sifat, yang pertamanya kesemua mereka ini mempunyai sifat menyampaikan kebenaran, para rasul menyampaikan kepada manusia mesej yang benar. Sifat yang kedua ialah para rasul bersifat tabligh atau menyampaikan, memberitahu dan berkomunikasi dengan manusia tentang mesej yang diturunkan oleh Tuhan Yang maha Besar. Sifat yang ketiga pula ialah para rasul ialah mereka yang amanah dan jujur, mereka bukannya manusia yang menipu dan tidak boleh dipercayai. Para rasul dikenali dalam kehidupan mereka sebagai orang yang dapat dipercayai. Manakala sifat terakhir yang dimiliki para rasul ialah fatanah atau kebijaksanaan. Mereka bukannya orang yang biasa tetapi mempunyai daya intelek dan bijak yang menjadikan mereka istimewa berbanding manusia lain, serta dapat diikuti dan dicontohi sebagai model teladan. Jadi bila kita melihat para rasul dari Adam, Ibrahim, Musa, Daud, Sulaiman, Isa dan Muhammad S.A.W, kesemua mereka mempunyai keempat ciri-ciri ini.

4. Beriman kepada Malaikat

Rukun yang seterusnya ialah mempercayai akan malaikat. Para malaikat yang diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Besar ini begitu ramai sekali. Mereka diciptakan untuk mengikuti perintahNya, untuk mentaati dan menyembahNya. Para malaikat ini dijadikan dari cahaya, sememangnya ada perubahan dalam kejadian mereka, seperti manusia yang dijadikan dari tanah tetapi sekarang tidak lagi nampak menyerupai tanah. Para malaikat ini diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Besar bagi menunjukkan betapa berkuasanya Dia. Penciptaan malaikat menunjukkan Dia mempunyai begitu ramai hamba yang taat dan beribadah kepadaNya.

5. Beriman kepada Hari Akhirat

Rukun Iman yang kelima ialah mempercayai akan kewujudan Hari Akhirat, iaitu dunia ini akan sampai kepada pengakhirannya. Segala yang bernyawa akan mati, dan seterusnya akan berjumpa dengan Tuhan Yang Maha Besar pada Hari Akhirat nanti. Kita juga mempercayai bahawa terdapat tanda-tanda yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Besar, seperti mana yang telah diberitakan dalam Al-Quran dan juga Hadith atau kata-kata Rasulullah S.A.W. Di sana terdapat banyak tanda yang menunjukkan kedatangan Hari Akhirat, sebahagiannya telah melalui kita, sebahagian yang lain dapat kita lihat terjadi hari ini, manakala sebahagian yang lain pula akan kelihatan pada masa hadapan. Tanda-tanda kedatangan Hari Akhirat ini meliputi tanda yang kecil dan juga tanda yang besar.

6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Rukun Iman yang terakhir ialah mengimani Qada’ dan Qadar yakni mempercayai bahawa segala yang berlaku sama ada perkara yang baik atau perkara yang buruk datangnya dari Tuhan Yang Maha Besar. Kepercayaan ini menjadikan kita meyakini bahawa semua perkara yang berlaku dalam kehidupan ini sebenarnya mempunyai hikmah di sebaliknya, segala kejadian yang berlaku kepada kita mempunyai sebabnya, dan kita mempercayai bahawa semua ini merupakan ujian kepada kita. Pada akhirnya, sekiranya kita melalui semua ini dengan jayanya, dengan kekal dalam keimanan kepada Tuhan Yang Maha Besar serta berusaha sedaya upaya dalam mentaati ajaranNya, kita akan berjaya melepasi ujian ini. Segala kejadian yang pada zahirnya kelihatan buruk merupakan ujian yang akhirnya akan berlalu, yang mana sekiranya kita menghadapinya dengan penuh keimanan, kita akan beroleh kejayaan pada akhirnya.

Leave a comment

An Introduction to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester Part 1: Islam, Salam, & My Story

This is an introduction & invitation to Islam by Ustaz Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, a Sabahan Malaysian ex-christian who converted to Islam in the USA.

In this first part, Ustaz Nicholas talks about salam, & a bit about himself & how he comes to Islam.

(Terimakasih pada Sdr. Azwan untuk terjemahan)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya ucapkan salam kepada semua dengan salam yang universal, salam yang diucapkan oleh semua nabi dan rasul, dari Adam kepada Musa, dari Ibrahim kepada Isa sehingga Muhammad S.A.W…Assalamualaikum yang bermaksud sejahtera ke atas kamu.

Nama saya Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah. Saya dilahirkan dalam keluarga Roman Catholic…sangat aktif dalam gereja dan kemudian dalam pergerakan gereja angelical dan juga gereja bukan angelical.

Kemudian, saya belajar tentang agama Islam dan perbandingan dengan agama lain. Saya dapati kemasukan seorang penganut Kristian ke dalam agama Islam adalah proses semulajadi atau natural kerana ajarannya yang mempunyai banyak persamaan. Di dalam ajaran bible sendiri, banyak yang mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam Islam.

Saya percaya jika seseorang itu ikhlas dan jujur dalam mencari Tuhan yang Maha Besar, bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran, Tuhan akan memudahkannya dan menunjukkannya ke jalan yang benar.

Pemahaman saya terhadap Islam sebelum saya menganutnya tidaklah begitu jelas, terutama dalam aspek kehidupan umat Islam. Sebagai contoh, bila saya melihat umat Islam di Negara ini, saya tidak nampak apa-apa perbezaan dengan penganut agama lain. Anda tidak melihat satu manusia atau umat yang istimewa, sebaliknya mereka seperti orang lain yang biasa. Malahan kadang-kala mereka melakukan perkara buruk yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Muslim.

Tetapi selepas saya belajar tentang Islam itu sendiri, bagaimana sepatutnya seseorang Muslim itu, kelakuan-kelakuan buruk orang Islam itu bukan ajaran islam sama sekali. Saya dapati agama ini mengajar kelakuan dan nilai yang mulia…kepercayaan yang terbaik yang boleh dimiliki oleh seseorang. Tetapi apabila kita lihat kepada amalan praktikal, kita melihat sebahagian muslim di Negara ini tidak mengikuti ajaran agama ini, manakala sebahagian yang lain pula mengikuti cara hidup yang lain dari apa yang telah diajar oleh agama ini untuk diikuti.

Selepas itu, bila saya mengkaji dengan lebih mendalam, membuat perbandingan antara Quran dan juga bible, mendalami sejarah dunia, bagaimana agama Kristian berkembang sehingga menjadi seperti yang ada pada hari ini, sejarah Islam, bagaimana ia diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W, kehidupan beliau sebagai seorang rasul yang menyampaikan mesej Islam, pembinaan Negara yang hebat dan penuh dengan kelebihan, saya akhirnya membuat keputusan untuk menganut agama Islam.

Muqaddimah Tentang Islam

Islam merupakan satu fenomena yang sama sekali tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Dalam satu statistik yang dikumpulkan dari tahun 1934 hingga tahun 1994, Islam adalah agama yang paling pesat perkembangannya, terus berkembang hingga ke hari ini, dengan perkembangan sebanyak 235% berbanding dengan pertambahan populasi penduduk dunia. Islam terus-menerus berkembang walau dalam keadaan tekanan hebat yang dihadapi oleh umat Islam, terutama selepas peristiwa 11 September 2001. Dengan begitu pun, Islam masih berkembang sebagai satu fenomena.

Jadi, apa sebenarnya hakikat sebenar agama ini yang menarik perhatian manusia dari barat, timur dan seluruh dunia ini? Agama ini merupakan satu agama yang berkisar kepada Tuhan, Allah Yang Maha Besar. Agama ini mengajar hakikat sebenar tentang alam ini…bahawa alam ini dan segala isinya dicipta oleh Tuhan yang maha Besar. Tuhan yang dikenali oleh orang Arab dengan nama Allah ini ialah Tuhan yang sama disembah dalam agama Kristian dan Yahudi dan semua yang menyembah kepada Allah Yang Maha Esa.

Allah Yang Maha Besar dalam agama ini juga merupakan Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani…Tuhan yang menjadikan setiap sesuatu, menciptakan manusia bebas dari sebarang dosa dan kesalahan. Tuhan ini telah mencipta alam ini dan manusia di dalamnya, serta memberikan panduan agar mereka dapat mencariNya, dapat kembali kepadaNya, mudah-mudahan dengan itu manusia dapat mendapatkan ketenangan hidup.

Agama ini tidak mengajar Allah sebagai Tuhan yang tidak mengampunkan dosa yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu dalam agama ini. Maka agama ini adalah agama yang semulajadi, agama fitrah yang selaras dan sesuai dengan ciptaan alam ini, kerana agama ini datangnya dari Tuhan yang Maha Besar.

*InsyaAllah, akan  bersambung di Part 2

Leave a comment