Archive for category Dawah Addict

Paradise in Islam

Video from

http://www.youtube.com/user/TheDeenShowTV

http://www.youtube.com/user/dawahaddict

etc.

Leave a comment

Say What? Islamic Phrases @ Cakap Apa Tu? Ungkapan Biasa Dalam Islam

Salam @ peace. Dalam posting sebelum ini, kami menyediakan glosari untuk beberapa ungkapan & ucapan yang biasa disebut dalam Islam @ oleh muslims. Menyedari ramai rakan-rakan non-muslims (& ada  juga muslim sebenarnya) yang sebenarnya tidak memahami perkataan-perkatan itu kerana tidak memahami Bahasa Arab, maka ini adalah diantara video yang menerangkan antara ungkapan & ucapan yang biasa diucapkan tersebut. Thanks to Dawah Addict for this cool video. Tak kenal maka tak cinta =)

Laila ha illallah = Tiada tuhan selain Allah

Alhamdulillah = Segala puji bagi Allah

MasyaAllah = Allah telah mengizinkannya

InsyaAllah = Dengan izin Allah

Bismillah = Dengan nama Allah

Bismillahi Rahmani Rahim = Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih yang Maha Penyayang

Assalamu alaikum = Sejahtera atas kamu

Assalamulaikum warahmatullah = Sejahtera atas kamu & kasih Allah

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh  = Sejahtera atas kamu & kasih & restu Allah

Wa alaikumu salam = Dan atas kamu sejahtera

Wa alaikumu salam warahmatullah = Dan sejahtera atas kamu & kasih Allah

Wa alaikumu salam warahmatullahi wabarakatuh  = Dan sejahtera atas kamu & kasih & restu Allah

Subhanallah = Maha Suci Allah

Astagh firullah = Ampunkan aku Allah

A’uzubillah = Aku mohon perlindungan daripada Allah

A’uzubillahi mina syaitani rojim = Aku mohon perlindungan Allah dari syaitan yang direjam

Subhanallah taala = Maha Suci Allah & setinggi Kemuliaan adalah untukNya

Jazakallah = Moga Allah menganugerahkanmu

Jazakallahu khair = Moga Allah menganugerahkanmu dengan kebaikan

Jazakallahu Firdaus = Moga Allah menganugerahkanmu dengan Firdaus (tingkat tertinggi dalam syurga)

Wa iyyakum = Dan untukmu

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun = Sesungguhnya kita ini milik Allah, & kepadaNyalah kita kembali

Allahu akbar = Allah Maha Besar

Related video by iloveelhassan :

 

Leave a comment

Puasa Dalam Islam @ Fasting In Islam

Video by http://www.youtube.com/user/dawahaddict

Di bulan hijrah Islam yang dinamakan Ramadhan ini, umat Islam menunaikan salah satu rukun Islam iaitu puasa. (Islam mempunyai 5 rukun iaitu mengucapkan 2 kalimah syahadah, solat (sembahyang), puasa, zakat, & menunaikan haji bagi yang mampu).

Dipetik dari http://teaching4muallaf.blogspot.com/ 

Puasa

Puasa bermakna menahan daripada segala apa yang membatalkan puasa, semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari, dengan disertai niat. Firman Allah dalam ayat di bawah ini:

 

Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang Manusia pun pada hari ini”.
(Maryam 19;26)

Puasa diwajibkan kepada muslim pada bulan ramadhan selama satu bulan penuh, ini berdasarkan ayat di bawah ini:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
(Al-Baqarah 2;183).

Dan juga disebutkan dalam ayat yang lain:

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan yang batil. Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir di negeri tempat tinggalnya di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka, maka wajiblah baginya berpuasa, sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 2;185)

Rukun Puasa ada dua iaitu

1. Menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa, sejak terbit fajar sehingga terbenam matahari. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat di bawah ini:

Yang dimaksudkan dengan garis putih dan hitam adalah:

Sabda Nabi Muhammad SAW. “Maksudnya ialah gelapnya malam dan terangnya siang”.

2. Niat adalah bersahaja suatu perbuatan demi mentaati perintah Allah dalam mengharapkan keridhaan-Nya, tidak perlu dilafazkan secara lisan. Sesiapa yang makan sahur dengan tujuan berpuasa dan menahan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah bermakna sudah niat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat di bawah ini:

 

Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agaam dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.
(Al-Baiyinah 98;5)

Disebutkan dalam Hadith Rasulullah:

Nabi Saw. bersabda: “Setiap perbuatan itu hanyalah dengan niat, dan setiap manusia akan mendapatkan apa yang diniatkannya.”

Niat harus dilakukan sebelum fajar, pada setiap malam bulan ramadhan seperti tersebut dalam Hadith di bawah:

“Barangsiapa yang tidak membulatkan niatnya untuk berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya (Ahmad dan Ash-Habus Sunan)”

 

Orang yang diwajibkan berpuasa adalah: Islam, berakal dan baligh (lelaki bermimpi basah dan perempuan sudah datang haid), sihat dan menetap, suci daripada haid dan nifas (bagi perempuan).

Orang-orang yang diberi kemudahan dan wajib membayar fidyah (denda):

1. Orang tua bangka lelaki dan perempuan
2. Orang sakit yang tidak mempunyai peluang sembuh
3. Orang-orang yang mempunyai pekerjaan berat dan tidak ada kerja lain selain itu.

…Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka, maka wajiblah baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya jika mereka tidak berpuasa membayar fidyah, iaitu: memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(Al-Baqarah 2;184)

 

Orang sihat yang risau akan menyebabkan sakit disebabkan berpuasa maka dibenarkan berbuka seperti orang sakit, demikian juga orang yang terlampau lapar atau haus sehingga membahayakan dirinya, hendaklah berbuka dan menggantinya (qadha) sungguhpun sihat dan bukan musafir. Ini berdasarkan firman Allah:

 

… Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(An-Nisa’ 4;29)

 

… Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…
(Al-Hajj 22;78)

Ini sesuai dengan Hadith Rasulullah:

Aslami bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, saya merasa kuat untuk berpuasa dalam perjalanan. Salahkan saya melakukannya?” Rasulullah menjawab: “Itu adalah kemudahan daripada Allah. Maka siapa yang menerimanya, itu adalah baik, dan siapa yang ingin berpuasa, maka tidak ada salahnya.” (sahih Muslim)

Hari-hari yang dilarang berpuasa:

1. Hari raya Aidil Fitri (selepas bulan ramadhan) dan Aidil adha (Raya Qurban) ini sesuai dengan Hadith di bawah:

 

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa pada kedua hari ini. Mengenai hari raya Fitri, kerana ia merupakan saat berbuka daripada puasa Ramadhan sedangkan hari raya Adh-ha agak kamu memakan hasil kurban (Ahmad)”

2. Hari Tasyrik (tiga hari berturut-turut selepas hari raya Adh-ha seperti dilaporkan dalam Hadith di bawah:

Bahwa Rasulullah s.a.w mengutus Abdullah bin Hudzafah ke Mina untuk menyampaikan: “Janganlah kamu berpuasa pada hari ini, kerana ia merupakan hari makan minum dan mengingat Allah “Azza wajalla” (Ahmad).

 

“Bahawa Rasulullah s.a.w mengutus seseorang untuk menyerukan: “Janganlah kamu berpuasa pada hari-hari ini, kerana ia merupakan hari makan minum dan bersama isteri” (Tabrani).

Perkara yang membatalkan puasa:

1. Makan dan minum dengan sengaja, sekiranya makan dan minum dalam keadaan terlupa, tersalah atau terpaksa maka tidak batal puasa, ini sesuai dengan Hadith:

 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa lupa, padah ia berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah diteruskan puasanya, kerana hanya sanya diberi makan dan minum oleh Allah (Jemaah)

 

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak membebankan umatku mengenai hal-hal yang tersilap. yang dilakukan dalam keadaan lupa dan terpaksa (Ibnu Majah, Thabrani dan Hakim)

2. Muntah dengan Sengaja

“Barangsiapa didesak oleh muntah, ia tidak wajib mengkadha, tetapi sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah ia mengkadha (Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibba dan Daruquthni serta Hakim).

3. Haid (Menstruasi) dan Nifas (Darah selepas bersalin)

4. Mengeluarkan sperma atau mani
Keluar mani kerana mencium atau memeluk isterinya atau melancap. Manakala Madzi tidak membatalkan puasa adakah sedikit atau banyaknya.

5. Menelan bahan bukan makanan seperti garam

6. Meniatkan berbuka, sungguhpun tidak berbuka tetapi tetap batal kerana niat adalah salah satu rukun puasa maka dengan meniatkan berbuka maka batallah pausanya.

7. Makan dan minum atau bersama isteri kerana mengingat terbenamnya matahari sedangkan sangkaannya salah maka wajib mengkadhanya. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat di bawah:

…Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi yang berdosa apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Ahzab 33;5).

Leave a comment

What is Islam?

 

For longer explanations;

Leave a comment